Jumaat, 27 Disember 2013

~ Muslimin , Jom ke MASJID ! , ~


Nabi saw. bersabda, “Ada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: imam yang adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah, orang yang hatinya berpaut pada masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah keranaNya, lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, maka ia mengatakan,’ Sesungguhnya aku takut kepada Allah’, orang yang bersedakah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di nafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang mengingat Allah dalam keadaan sepi (sendiri) lalu mengalir air matanya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Mahukah saya tunjukkan kepada kamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosa-dosa serta mengangkat darjat kamu?. Para sahabat menjawab: Mahu, ya Rasulullah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: Sempurnakan wuduk sekalipun di dalam kesukaran, banyakkan melangkah untuk ke masjid dan menunggu solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath, iaitu perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyakkan ketaatan pada Tuhan. (HR Muslim)




Rasul saw telah bersabda: “Sesiapa bersuci di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk menunaikan solat yang telah Allah wajibkan kepadanya maka setiap langkahnya menghapus satu dosa dan langkah yang satunya mengangkat satu tingkat derajatnya.” (HR.Muslim).

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang pergi menuju masjid untuk solat maka satu langkah akan menghapuskan satu kesalahan dan satu langkah lainnya akan ditulis sebagai satu kebajikan untuknya, baik ketika pergi maupun pulang.” (HR. Ahmad)

Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika isterimu meminta izin kepadamu untuk pergi ke masjid di malam hari, hendaklah kamu izinkan." (Sahih Bukhari)

Nabi saw. bersabda,"Izinkanlah orang-orang perempuan pada malam hari (pergi solat) di Masjid." (HR Ahmad, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi)

Nabi saw. bersabda, “Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan malam menuju masjid dengan cahaya yang akan diperolehnya pada hari kiamat.” (HR. Abu Daud)

Rasul saw. telah bersabda,“Sesiapa mendengar azan lalu tidak mendatanginya (masjid) maka tiada solat baginya melainkan sesiapa yang uzur". (HR Ibn Majah) 

Di dalam Mazhab Syafie, maksud kepada hadis tersebut, bagi kalimah "tiada solat baginya" adalah tidak sempurna solat dan bukannya tidak sah solat. Ini bermakna pahala seseorang yang bersolat di rumah tidaklah sesempurna seseorang yang bersolat di masjid.

Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa telah berwuduk dengan sempurna, kemudian terus menuju ke masjid, tetapi didapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah s.w.t akan tetap kurniakan kepada dia pahala solat jemaah, sama sebagaimana pahala mereka yang berjemaah, dengan tidak mengurangi sedikit pun”.(HR. Muslim) 





Wallahu A'lam. ^_^ .. Semoga Allah meredhai kalian yang berusaha dan berkorban kerana-Nya . 

Khamis, 26 Disember 2013

~ Minda Positif ~

Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.


Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

~ Bicara Tentang Hati Insan ~

Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pasti aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”

Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”
…..
Yang Dinamakan Hati
Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.
Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
…..
Tanda-tanda Mencintai Allah



Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita  sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain, ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple? Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan. Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang gula-gula.’
Wanita mahupun lelaki, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita hamba yang hina  yg hnye ingin menggapai reda dan menuju ke syurgaNya .. Ameen Ya Rabb .. ^_^ , Selamat berjihad teman teman ...


Rabu, 20 November 2013

Taufan Haiyan : Balasan Allah Kerana Meruntuhkan Masjid

Assalamu'alaikum .
Dengan nama Allah yang menggerakkan jari untuk menaip .

Taufan Haiyan-Filipina .
Kita sadis dan simpati melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini . Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda . Kini wilayah tengah Filipina ini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia tahun ini .


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu . Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan di negara itu dengan Leyte , Pulau Samar , dan bahagian utara Cibu paling teruk terkesan .



Mungkin ini balasan daripada Allah yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid diruntuhkan bagi digantikan dengan sebuah kompleks membeli-belah di Manila pada September yang lalu . Lalu Allah menurunkan bala dengan kelajuan angin 315km/1jam di mana yang terkuat sekali di dunia pernah dicatatkan .
Dalam kejadian perobohan masjid tersebut , pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang yang mati dalam kejadian pergolakan tersebut . Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata , tiga orang terbunuh dalam pergolakan - Yakob Macalnas 37 , Hakim Usman 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian .


Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut .

Salah seorang hamba Allah berkata :
"They destroy the mosque , Allah gave them instant disaster , they said "oh we have this kind of typhoon every year so nothing to do with Allah curse" . But they forget to open their eyes and see how many victim dead this time , it's not normal and it should be remembered ." 
Jadi , tuntasnya , kita janganlah buat perkara yang mengakibatkan kemurkaan Allah . Lebih-lebih lagi kita sebagai orang yang memegang gelaran Ahlullah , kalau kita buat apa yang Allah larang , nampak sleklah . Nama Ahlullah , tapi buat apa yang Allah tegah . So , fikir-fikirkanlah , dan selamat beramal !

Wallahu a'lam :)

Isnin, 9 September 2013

BUKU ZIKIR HARIAN

Pada 17 ramadan yang lalu,telah dilancarkan buku zikir harian mitib atau lebih dikenali sebagai Aurad Yaumiyah.Buku zikir ini merupakan zikir yang telah diamalkan dimitib sejak sekian lama.pihak BADAR telah mengambil inisiatif untuk membukukan zikir tersebut.Akhirnya pada 17 ramadan buku zikir ini telah dilancarkan oleh Y.BHG. PROF. MADYA DATO' DR. AB. HALIM BIN TAMURI

TARBIYAH DAIMAN

                                                                 MUROBBI KITA

Dihujung tahun merupakan fasa imtihan bagi semua pelajar di seluruh negara.tidak ketinggalan warga MITIB..kita boleh melihat setiap waktu akan dipenuhi dengan pelbagai kelas samaada kelas tambahan dan sebagainya.namun begitu bagi pihak BADAR, tarbiyah perlu juga diteruskan walaupun bagaimana saat dan keadaannya.Semua program2 besar telah dihentikan, hanya menumpukan kembali aspek pentarbiyahan yang semakin ditinggalkan oleh pelajar.Antara aktiviti yang masih dikekalkan adalah seperti :

1- Usrah
2- Diskusi Kitab
3- Tasmi' harfiah
4- Qiyamullail
5- Tafsir Jalalain

Minggu pertama didalam bulan september,telah diadakan diskusi kitab pada sebelah malam.Untuk menengah rendah telah dipimpin oleh Ust Hafizul Azri dengan kitab At-Tibyan dan menengah atas pula oleh Ust Idris Muharram dengan kitab Penawar Bagi Hati

Untuk tasmi' harfiah telah diadakan pada pagi sabtu.ada diantara pelajar yang telah sampai menghafaz sehingga surah at-takathur.Pada sebelah mala telah diadakan usrah gabungan yang telah menjemput Ust muhammad nawawi .beliau merupakan pelajar di jordan merangkap imam di masjid hamsyari.

Menjadi satu tanggungjawab bagi semua warga MITIB untuk menyertai segala program kerohanian ini.diharapkan tidak ada dikalangan pelajar yang 'skip' program bagi menumpukan kepada peperiksaan semata-mata.

Jumaat, 19 Julai 2013

Kehidupan: Layanan Terhadap Ramadhan – Aidilfitri Yang Didahulukan

Seawal Ramadhan lagi, hatta sebelumnya, semangat Aidilfitri sudah dirasakan. Begitu juga di televisyen, radio dan sebagainya. Jika dahulu-dahulu, pertengahan Ramadhan baru kedengaran, dan kemudiannya di awal Ramadhan baru bergema, kini sebelum Ramadhan lagi sudah menggegarkan telinga. Lagu-lagu raya.

‘AidilFitri itu didahulukan, sebelum Ramadhan.
Dan kala Ramadhan, di manakah semangat seorang hamba yang memasukinya?
Perayaan Fitrah, dan Fitrah Yang Tidak Diperolehi.
Kembali kepada makna ‘AidilFitri, ia bermaksud perayaan fitrah. Meraikan manusia-manusia yang berjaya mencuci dosa mereka, yang berjaya mempertingkatkan diri mereka, sepanjang Ramadhan. Yang berjaya menyedari bahawa kehidupan yang sebenar adalah kehidupan Islam, yang berjaya memahami bahawa kehidupan yang terbaik adalah kehidupan Islam, hasil tarbiyah yang dilaluinya di dalam Ramadhan.
Akhirnya diri kembali kepada fitrahnya. Islam, kebaikan, dan merasa dekat dengan Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT sendiri gambarkan di dalam firmanNya, kala manusia masih di alam Ruh lagi:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.
Begitulah fitrahnya manusia. Mengakui bahawa Allah itu Rabb, sekaligus menjadikan Islam itu agamanya.
Namun sekiranya Ramadhan diisi dengan hiburan, drama yang melalaikan, semangat ‘AidilFitri yang lebih kepada ‘balik kampung’, ‘perayaan setahun sekali’, ‘hiburan gembira’ dan sebagainya, maka apa sebenarnya yang hendak dirayakan oleh kita?
Kerana Aidilfitri adalah perayaan fitrah. Mereka yang tidak kembali kepada fitrah, apa yang mahu dirayakan oleh mereka?

Meningkatkan Syu’ur Ramadhan.
Syu’ur, atau perasaan untuk memperhebatkan amalan di dalam Ramadhan hakikatnya boleh kita bakar, nyalakan, perhebatkan dengan pelbagai cara.
1 – Iklan-iklan akan fadhilat puasa di bulan Ramadhan, amalan-amalan dalam bulan Ramadhan.
2 – Filem atau drama berkenaan Ramadhan, maksud sebenar Ramadhan, ertinya kepada kehidupan manusia.
3 – Kelas-kelas agama, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid diperhebatkan.
4 – Pidato awam berkenaan Ramadhan diwujudkan di ruang legar shopping complex terutama pada waktu puncak.
5 – Solat Tarawih di padang-padang terbuka diperkenalkan.
6 – Tanglung Ramadhan diperkenalkan untuk digantung di rumah-rumah, meraikan Ramadhan.
7 – Radio, Televisyen, Akhbar, memperhebatkan persoalan Ramadhan, promosi makna Ramadhan, dan amalan-amalan kebaikan.
Ini kita boleh laksanakan sebenarnya. Mana yang kita mampu. Bahkan, kita boleh sebarkan penplet di pasar malam, menulis artikel-artikel di blog, update berkenaan Ramadhan di Facebook dan sebagainya. Pelbagai perkara kita boleh lakukan, bagi meningkatkan syu’ur Ramadhan.
Mengapa hendak mendahulukan ‘AidilFitri?
Kembali kepada fitrah terlebih dahulu sebelum sibuk hendak merayakan fitrah!

Ramadhan Yang Rosak, Membuahkan Kehidupan Yang Rosak.
Ramadhan adalah bulan pembinaan. Ramadhan yang rosak akan merosakkan pembinaan peribadi manusia. Sekiranya Ramadhan dilalui ibarat hari-hari biasa seperti bulan-bulan yang lainnya, maka binasalah keadaan manusia. Tiada masa dia mengeraskan dirinya dalam beramal, tiada masa dia mendisiplinkan dirinya ke tahap tertinggi dalam kehidupan. Maka bagaimana pada bulan-bulan lain? Pastinya lebih hancur.
Juteru sepatutnya kita mempertingkatkan syu’ur Ramadhan, dan memperhebatkan lagi projek peningkatan diri di dalamnya.
Usaha untuk kembalikan diri kepada fitrah, usaha agar diri diampunkan oleh Allah Ta’ala.
Ramadhan adalah ibarat kilang, yang merawat luka-luka hamba yang diperolehi sepanjang 11 bulan. Jika rosak kilang ini, maka masakan luka-luka itu akan sembuh untuk menghadapi 11 bulan lagi?
Ramadhan adalah ibarat gym, membina otot-otot keimanan dan taqwa agar menjadi lebih kuat bagi menghadapi sebelas bulan yang mendatang. Jika rosak gym ini, bagaimana kita mahu mendapat kekuatan bagi menumbangkan jahiliyyah?

Penutup: Ramadhan Kali ini, Berbezalah. AidilFitri Kali Ini, Menjadilah!
Maka mari kita bersama berusaha menggapai Ramadhan yang bermakna. Ramadhan yang jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan yang terbaik dalam sejarah kehidupan kita. Ramadhan yang mampu membina peribadi, akhlak, iman dan taqwa kita.
Biar AidilFitri kita tahun ini adalah yang benar-benar AidulFitri. Perayaan fitrah. Merayakan kita yang berjaya kembali kepada fitrah, menjadi hamba Allah SWT yang baik dan hidup dalam Islam yang sebenar.
Usah sia-siakan lagi Ramadhan, usah silap lagi dalam merayakan AidilFitri.
Mari sama-sama memahami, dan fikirlah jika kedua-duanya ini tidak akan datang kembali.
Ayuh, maknakan Ramadhan, dan rayakan AidilFitri dalam keadaan benar-benar layak merayakan!

Credit to: LangitIllahi.com

Jumaat, 28 Jun 2013

Dunia Ini

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Alhamdulillah , ramadhan hampir kunjung tiba . Allahumma ballighna ramadhan warzuqna lailatal qadr . Aamiin . Di sini ada bingkisan yang dititipkan di medium dakwah ini untuk sama-sama kita bermuhasabah menilai diri kita .

Dunia ini , 
Hanya fantasi , 
Maka kamu suka bermimpi .

Dunia ini , 
Hanya tipu daya ,
Yang didiami oleh si kaya ,
Maka kamu suka bergaya .

Dunia ini ,
Adalah sebuah permainan , 
Yang mempunyai banyak kereta mainan , 
Terkadang kamu buntu mahu ke kiri atau ke kanan ,
Maka kamu telah dipermainkan .

Dunia ini ,
Hanya sebuah perhiasan , 
Wanita solehah sebaik perhiasan ,
Maka kamu suka pada sedemikian perhiasan .

Dunia ini , 
Penuh dugaan , 
Rintangilah ia dengan keimanan , 
Maka kamu akan mendapat kemenangan .
Jangan kamu hadapi dengan kemahuan (nafsu) ,
Nescaya kamu akan kekalahan .