Jumaat, 2 Mac 2012

3 MAC 1924 :Sejarah Yang Tidak Harus Dilupakan

3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; "Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang
didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.
Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh
Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang
semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang
diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan
hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:

"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, dinantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?'
Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka"

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia (lihat rajah kawasan umat Islam
pada abad ke 15) dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat
melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam"
[TMQ al-Anbiya' 21:107]

Malapetaka Ketiadaan Khilafah Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat
dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah
di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya
menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka.
Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq,
sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005,
5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000
meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. Dominasi ideologi kapitalis yang kufur
pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60%
umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam
dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu
kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara
mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001. Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!!

[100 ways of seeing an unequal world – Bob Sutcliffe].
Wahai teman,

Tahukah kita tentang negara Turki kini setelah runtuhnya khilafah Islam?

Keadaan Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Attartuk:

1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7.Menukar Azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil Arkitek- Arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir,di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17.Menghapus penggunaan Kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya:"siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?".Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab:''Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


 Kematian Kamal Attartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

# Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

# Sakit jantung.

# Penyakit darah tinggi.

# Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada Bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr .a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri KITA) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wahai teman,


Kenallah kepada musuh Allah ini. Sama-samalah kita doakan sahabat-sahabat seislam di seluruh dunia agar ditetapkan imannya di atas panji-panji Allah.

0 comments: