Cinta yang Dicari adalah baik,
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.
Cinta Dan Remaja
Sudah jatuh cinta.Tidak dapat dielakkan lagi! Jadi bagaimana?Ya, remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Tidak percaya?
Dengarlah lagu yang beralun di corong radio dan MP3..hampir 80% daripadanya ialah lagu cinta.
Remaja dan cinta. Begitu eratnya. Hinggakan kita seolah-olah tidak dapat lagi membayangkan adanya hubungan remaja dengan iman, remaja dengan perjuangan. Sedangkan Sultan Muhammad Al-fateh dahulu membuka Kota Konstantinopel pada usia remajanya. Kita? Sibuk bercinta? Allahurabbi...
Apabila Dah Mabuk Cinta
Apabila disebut tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet. Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony. Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.
Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta sepertimana Aisyah Bukhari yang dahulunya terkenal kerana kesolehahannya, penulisannya dlam menulis khutbah, tetapi kerana seorang jejaka, agama sanggup dia korbankan.
Salahkah bercinta?
Ramai remaja yang bertanya.Adakah salah kami bercinta? Tidak.
Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri kepada setiap manusia. Oleh sebab cinta adalah fitrah,maka tidak salahlah untuk merasai dan menikmatinya.
Justeru, Allah juga mencipta bperaturan dalam bercinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia khususnya para remaja.
Peraturan Cinta
1.Hendaklah Cinta itu berdasarkan kepada Cinta Allah.
Usahlah bercinta dengan niat suka-suka.Jika tidak serius, katakan pada diri "aku hanya tertarik atau minat". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.
2.Semasa menjalinkan hubungan cinta, hukum Allah tidak dilanggar.
Antaranya tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada dedah aurat, dating, chatting, textingyang tak penting.
Kalau begitu, siapa sebenarnya yang lebih kita cintai? Si Dia atau dia?
Tidak mustahil kalau ada remaja yang berkata, "Cinta apa namanya jika tidak dating, calling, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar pertauran Tuhan. Putus cinta,kecewa disebabkan cinta.
Cinta Suci tanpa Racun
Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan-tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.
Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.
Allah maha mengetahui dan menyayangi. Segala peraturan dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa racun yang berbisa itu. Cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan.Tunggu si suami atau si isteri di pintu Syurga, jangan tunggu di pintu neraka kerana di sana tiada syurga. Nauzubillah..
Cinta yang abadi hanya ada dalam syurga!
0 comments:
Catat Ulasan