Jumaat, 13 Jun 2014

"Cintamu dengannya berbanding dengan-Nya"





Desir-desir angin,
Menimbul seribu ingin,
Terasa meresap sukma cinta,
Membakar hatiku yang dingin;

Namun,
Apakan daya,
Diri ini lemah tak berupaya,
Hanya menahan diri dari terus hanyut di arus deras;

Pertemuan yang sangat singkat,
Namun merungkai beribu persoalan,
yang bermain di minda,
yang memerlukan beribu jawapan;

Aku dalam kebingungan,
Memikirkan bermacam-macam jawapan,
Penyelesaian bagi bermacam-macam soalan;

Ah...bila cinta Yang Satu,
yang begini adalah perasaan berbatu,
Biar sahaja,
Hiraukan segalanya;

Anggaplah ini ujian dari-Nya,
Untuk melihat seberapa besar,
cinta ini untuknya berbanding dengan-Nya.


pemenang tempat ke-__
Nawal Najla

"Berteleku si pencari cinta"

Mata terbuka, telinga ditutup,
Mulut dibisu, tangan dikaku,
Fikiran menerawang, terus berteleku;

Gelora lautan angin taufan,
Tak setanding gelora iman,
Terfikir-fikir, terus berteleku;

Yang tahu segala hanyalah Tuhan,
Selagi Dia terus sembunyikan,
Semakin tunduk, berteleku;

Betapa hati ini sepi,
Dari mengetahui rasanya menggilai;
Kelirunya..terus berteleku;

Allah tahu kebenaran hakikat,
Betapa hati ini  tersumbat,
Rasa cinta gagal melekat,
Hanya mengganggu seakan lalat,
Jari di dagu, terus berteleku;

Bertahun-tahun, berdekad-dekad,
Kaki melangkah, tangan berayun,
Akal terisi, dahi meninggi,
Namun hati kekal sepi;

Hati belum lagi menemui,
Satu rasa yang misteri,
CINTA, yang didamba akal murni;

Air mata tak mampu
Untuk meniti di pipi,
Pipi ini terus kering,
Kemarau merekah kontang berdebu,
Tak dibilas titisan suci,
Yang takutkan Ilahi,
Yang rindukan Ilahi,
Yang digeruni jilatan api;

Telinga tak mampu dengari
Bait kasih yang tiada bertepi,
Tak mampu hayati
Bait cinta yang berbukti,
Tak mampu merasai
Hebatnya cinta
Yang didamba akal murni;

Bibir & lidah sepakat
Menyatakan rasa berat
menuturkan cinta
yang penuh keikhlasan;
Menuturkan rasa kelat
Mengaku tanpa rasa;

Tubuh, tangan & kaki,
Jasad seluruhnya,
Terbujur lesu,
Terduduk kaku,
Tak mampu berlaku,
Sebarang dua bukti cinta,
Yang tulus bersulam siksa,
Andai tubuh memungkir kata;

Terus berteleku,
Pencari cinta belum menemu,
Erti cinta yang satu,
Didamba kematangan selalu;

Terus berteleku,
Pencari cinta terkadang buntu,
Kegilaan yang dihadapi hati yang bercinta,
Sering saja diserang rindu,
Sedang si pencari terus sepi,
Belum merasai pukulan & taluan rindu
Cinta yang didamba kematangan itu,
Seakan hilang dari pandangan,
Pada tiap sungkurana di pohonan;

Aduh,
Siksanya rasa keliru,
Bosannya berteleku,
Penatnya menunggu;

Aduh,
Peritnya terasa,
Pencarian ini apabila,
Tersesat & menjumpa,
Satu cinta ilusi,
Yang memusarkan diri,
Menjauhi Ilahi;

Aduh,
Entahkan bila,
Cinta yang didamba,
Akan dijumpa,
Memekar padang gersang,
Yang bertapak di dada.



: INDAHNYA PERSAHABATAN KERANA ALLAH  ^___ ^ :



   ---->>  " SEBAIK-BAIK sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya. " ( Hadith Riwayat Al-Hakim )
Hadith ini menunjukkan bahawa sahabat merupakan insan paling rapat dengan kita , di mana teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya , kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama  , melihat gerak gerinya  teringat akan mati ..

     Secara fitrahnya kita tidak boleh lari daripada berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Ini kerana Allah mencipakan makhkluk berpasang-pasangan. Begitu juga manusia , tidak akan hidup bersendirian. Jika masih ada manusia tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia normal.

      Faktor memilih kawan amat dititikberatkan dalam Islam. Oleh itu hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia , kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu tersebut. Ada juga kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita , dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

     Sahabat atau kawan kadang-kadang mampu membuat kita tertawa dan menangis. Sahabat untuk kita gembira memang senang untuk dicari tetapi sahabat yang mampu kongsi kesedihan sukar untuk ditemui. Hubungan persahabatan yang tinggi nilainya adalah kerana Allah. Sifat jujur dan saling hormat-menghormati merupakan perkara penting dalam sesebuah perhubungan.




    --->>  Ciri-ciri sahabat yang baik , seperti pesan Alqamah ( seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w ) kepada anaknya, " Wahai anakku , sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang , maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. :

  1.  " Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya , dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah , dia suka mencukupi keperluan. "

   2. " Pilihlah seorang seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi jasa baik atau bantuanmu , dia suka menerima dengan rasa terharu. Jikalau dia melihat kabaikan yang ada pada dirimu , dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya). Dan dianggap sangat berguna , jika dia mengetahui mengenai keburukan dirimu dia suka menutupinya.

  3. " Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia akan memberi . Jikalau engkau diam , dia mula menyapamu dulu dan jika ade sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu , dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

  4. " Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata , ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat , dia suka mengusahakannya. Jikalau engkau berselisih dengannya , dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

    Begitu indah sesebuah persahabatan yang bersulamkan keikhlasan dan hanya kerana Allah. Justeru , kita hendaklah bijak dalam memilih siapa sahabat kita. :D



    Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya , bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya iaitu sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh malaikat memerhati untuk memerhatinya di dalam perjalanan. Lalu malaikat tu bertanya kepada lelaki itu, " Hendak kemana engkau ?" Lelaki tersebut menjawab, " Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu." Malaikat bertanya lagi, "Adakah bagimu di bumi apa yang engkau mengharap balasan daripadanya?" Jawabnya , "Tidak , aku mencintainya kerana Allah SWT." Maka berkatalah malaikat malaikat itu kepadanya , " Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah SWT ye;ah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah". ( Hadith Riwayat Muslim ) ^__^


    Sahabat yanag menunjukkan kebaikan kepadamu , adalah sahabat yang baik. Dan sahabat yang menunjukkan kesalahanmu , adalah sahabat yang paling baik. Oleh itu, hargailah sesebuah persahabatan yang mulia. Tambahan pula, tutur kata yang baik beradab dan dipenuhi unsur-unsur keihlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu masyakat sekeliling sehingga membentk kualiti ummah yang terbaik serta dapt menjadi contoh teladan kepada yang lain.

   Kita juga disarankan untuk mempamerkan keperibadian seorang Muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset pernting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. Kesimpulannya , berwaspadalah dalam memilih kawan , kerana kawan merupakan cerminan kepada keperibadaian seseorang. Persahabatan merupakan satu ikatan yang terindah dan hanya yang memahami akan menghargainya serta menjaganya. 



  * Apapun jazakallah ( semoga Allah memberi ganjaran kepadamu )  atas kesudian anda semua dalam meluangkan masa untuk  membaca perkongsian yang tidak seberapa ini . Mudah mudahan Allahkan merahmati dan memberkati kehidupan kita . Ameen .. ~ ^___^