Rabu, 14 Disember 2011

Manfaatkan Cuti Sekolah

Saat ini, pelajar-pelajar sekolah dan IPT seronok dengan cuti! Apatah lagi pelajar MITIB. Diperingatkan agar sentiasa menjaga pancaindera agar dapat menjaga Al-Quran yang tersemat dihati. Jauhi segala perkara yang tidak bermanfaat. Bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun hadapan seperti PMR,SMATQ dan SPM,harap dapat menumpukan perhatian dan selamat maju jaya diucapkan. Terus bersama mengharumkan nama sekolah tercinta. Jadi, bagaimana masa dihabiskan oleh anda? Adakah diisi dengan perkara bermanfaat? Atau perkara yang tidak bermatlamat? Moga jadi renungan bersama….


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

0 comments: