Izinkan saya berkongsi cerita. Cerita yang sangat mengesankan. Kisah yang menyebabkan hati bergetar, nurani bergegar. Dengar dulu kisah berikut, bukan dengan telinga, tetapi dengan jiwa dan rasa.
Aku seorang bussinessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima sahajalah. Pada kesempatan ini, aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku...
Kumulakan dahulu dengan isteri yang tersayang.Siapa lagi kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteriku yang paling kucintai. Kalau aku keletihan, dialah yang menyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. bertuah sungguh aku, punya isteri yang muda, kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaan hatiku yang sentiasa kujaga dan kudamba.
Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteri, dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis. Oh..terasa bangga dalam hati, setiap kali memperkenalkannya di hadapan teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan !
Isteriku yang kedua tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelesaikan masalah. Jika aku buntu dalam menghadapi masalah,dialah tempat rujukku.
Aduhai...ini pula... isteriku yang pertama. Rupa tiada.. Fikiran? Di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang,datang tidak menambah. Isteri tua...dah takde selera.
Hidupku riang ceria sehinggalah suatu hari aku disahkan doktor bahawa aku telah menghidap suatu penyakit yang tiada ubatnya.
Mujurlah, Allah masih beri peluang untuk aku hidup dalam sehari dua. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka, seorang demi seorang. Pertama yang aku temui adalah isteri tersayang iaitu isteri keempat,yang menjadi harapanku.
"Sayang, sayang tahu kan abang akan pergi tak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh sana?"tanyaku perlahan.
"Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi. Takkanlah saya nak mati ngan abang. Relakan saya teruskan kehidupan bersama lelaki lain."
Ah..hancur harapanku pada isteri yang kusayang. Tidak sangka, dia tidak sanggup menemaniku.
Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku tersenyum. Wajahnya yang cantik, molek membuatkan aku sukar berpisah dengannya.
"Darling, abang akan pergi selamanya..."
"Ya bang, saya sangat sedih untuk hidup tanpa abang di sisi,"balasnya bersama tangisan.
"Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita?"
"Saya tak sanggup bang. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi waktu abang hidup sahaja. Kecantikan inilah aset untuk saya teruskan kehidupan."
Oh...kau juga serupa! Ya, isteriku yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan masalah. Tentu masalah ini mampu diselesaikan.
"Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"
"Ya, sebab kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal."
"Ok. Saya dah uruskan semua. Soal pembahagian harta pusaka, saya dah uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun saya dah semak semua hutang-piutang. Insya-Allah perniagaan dapat diteruskan. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah dah saya tentukan. Abang jangan takut, semua saya dah uruskan."
"Bukan itu maksud abang. Abang takut bersendirian dalam kubur, sekarang tolonglah abang."
Isteriku yang kedua begitu terkejut dan menangis sambil berlari meningalkanku.
Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang tidak sudi lagi.
Tiba-tiba..Tuk!Tuk!Tuk!
"Assalamualaikum...bang."
Ahh..terlupa pula..aku masih ada isteri pertama. Isteri tua yang tidak boleh kusandarkan harapan, jauh sekali menyuntik sebarang semangat.
"Waalaikumussalam,"jawabku hambar.
"Terima kasih abang kerana masih sudi jumpa saya."
Hambar dan tawar aku rasakan tidak seperti isteri-isteriku yang lain.
"Abang, saya sanggup temani abang. Ke mana saja. Saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersam. Saya sanggup temani abang dalma kubur!"
Huh..alangkah gembiranya hatiku!Ternyat, dialah isteri yang sejati dan hakiki meskipun tiada tenaga, rupa dan idea. Ah..mengapa aku buta selama ini?
Sahabat-sahabatku sekalian...
Siapa aku dalam cerita ini?
Siapa lagi kalau bukan kita. Kita lah yan punyai empat 'isteri'.
Isteri keempat adalah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita dapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, kita jaga 'dia' sebaiknya. Kita sayang sangat isteri 'keempat' ni.
Isteri ketiga ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Itu sahaja yang kita fikirkan. Kita beli kereta besar, rumah cantik. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.
Isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah tempat bergantung, meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Hidup kita akan sepi tanpa mereka di sisi.
Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupaka. Kita pingirkan. Bila kita hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu waktu tua? Hmph.. Segala kebaikan sering tidak mendapat keutamaan seperti 'isteri tua' yang tidak lagi mengghairahkan.
Kesimpulannya kawan-kawan...
Amal ibadat ialah peneman hidup kita bila di alam barzakh dan akhirat. Perbanyakkanlah amal ibadat kerana mati itu Allah tak akan cepatkan atau lambatkan walau sesaat.
Akhir kalam , ingin saya kongsikan bait-bait lirik lagu yang pernah dinasyidkan oleh pelajar MITIB sendiri buat para pembaca ..
* Amal ibadat , tinggikan darjat ..
Ketaqwaan , suburkan iman ..
Ibadat wajib , jangan dileka ..
Ibadat sunat jadi amalan ..
* Ingatlah insan , hukuman Allah ..
Tiap amalan , ada ganjarannya ..
Jauhkan haram , makruh ditinggal ..
Kerana ia merosakkan iman ..
~ Sekian ^^ .. Wallahu a'lam. Sirru ala barakatillah.