Isnin, 3 Jun 2013

Doaku Untukmu

sahabat sejati, sahabat sampai syurga.

Ahmad dan Ali ialah 2 orang sahabat karib, mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam keadaan kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masaing-masing berdoa. Begitulah kelaziman mereka. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"Tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,"jawab Ali.

"Doa kau?"Ali pula bertanya.

Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan
Allah. Majikanku beri bonus padaku hari ini."

"alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" Tanya Ahmad.

"Aku berdoa supaya isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan berdoa.

Sejurus seusai doa, Ali bertanya, "Kau pula doa apa hari ini?"

Ahmad senyum.Masih tiada jawapan.

                       Beberapa hari kemudian, Ali meberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul."

"Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya-Allah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta selamat,"kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat kebiasaannya.

"Bagaimana anak kau?", tanya Ali.

"Macam biasalah. Sudah berapa hari, tapi keadaannya bertambah baik sikit sahaja."

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak makbul oleh Allah."

"Doa yang mana? Aku lihat, tiada apa-apa pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya!"

Pengajaran:

Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, hal ini jarang kita buat.
Manusia sering mementingkan diri, walaupun dalam doanya kepada Allah!

0 comments: