Jumaat, 28 Jun 2013

Dunia Ini

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Alhamdulillah , ramadhan hampir kunjung tiba . Allahumma ballighna ramadhan warzuqna lailatal qadr . Aamiin . Di sini ada bingkisan yang dititipkan di medium dakwah ini untuk sama-sama kita bermuhasabah menilai diri kita .

Dunia ini , 
Hanya fantasi , 
Maka kamu suka bermimpi .

Dunia ini , 
Hanya tipu daya ,
Yang didiami oleh si kaya ,
Maka kamu suka bergaya .

Dunia ini ,
Adalah sebuah permainan , 
Yang mempunyai banyak kereta mainan , 
Terkadang kamu buntu mahu ke kiri atau ke kanan ,
Maka kamu telah dipermainkan .

Dunia ini ,
Hanya sebuah perhiasan , 
Wanita solehah sebaik perhiasan ,
Maka kamu suka pada sedemikian perhiasan .

Dunia ini , 
Penuh dugaan , 
Rintangilah ia dengan keimanan , 
Maka kamu akan mendapat kemenangan .
Jangan kamu hadapi dengan kemahuan (nafsu) ,
Nescaya kamu akan kekalahan .


Sabtu, 22 Jun 2013

Karnival Mahabbah

Alhamdulillahirabbilalamin...

kita bersua lagi dengan rahmat allah yang tiada tandingannya...

pada kali ini, pihak badar mitib, sekali lagi dengan jayanya telah menjalankan satu program di bawah lajnah dakwah dan tarbiyah, program karnival mahabbah, bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang berdekatan, iaitu  :

*sekolah menengah sains banting
*sekolah agama menengah unwanus saadah kancong darat
*maahad ihya al-ahmadi

karnival mahabbah adalah dalam bentuk sukan, perlawanan persahabatan, antaranya : 

*bola sepak
*bola jaring
*catur
*ping-pong

program bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tghari. 

di sini dilampirkan bersama muqaddimah program, objektif dan tema :

 dengan harapan, program ini akan berterusan dari tahun ke tahun, mengeratkan lagi ukhuwwah sesama sekolah, pelajar dan sekali gus, umat Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri..


P/S : ada lagi gambar di galeri..dipersilakan untuk menjenguk... ^^ 

Sabtu, 8 Jun 2013

QIAMULLAIL PERDANA


TENTATIF PROGRAM MENCARI SINAR RAMADHAN 2013


PROGRAM SEPANJANG REJAB DAN SYAABAN....



Jumaat, 7 Jun 2013

Remaja dan cinta : Salahkah Bercinta?


    Cinta yang Dicari adalah baik, 
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Cinta Dan Remaja

Sudah jatuh cinta.Tidak dapat dielakkan lagi! Jadi bagaimana?Ya, remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Tidak percaya?
Dengarlah lagu yang beralun di corong radio dan MP3..hampir 80% daripadanya ialah lagu cinta.

Remaja dan cinta. Begitu eratnya. Hinggakan kita seolah-olah tidak dapat lagi membayangkan adanya hubungan remaja dengan iman, remaja dengan perjuangan. Sedangkan Sultan Muhammad Al-fateh dahulu membuka Kota Konstantinopel pada usia remajanya. Kita? Sibuk bercinta? Allahurabbi...

Apabila Dah Mabuk Cinta

Apabila disebut tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet. Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony. Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.

Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta sepertimana Aisyah Bukhari yang dahulunya terkenal kerana kesolehahannya, penulisannya dlam menulis khutbah, tetapi kerana seorang jejaka, agama sanggup dia korbankan.

Salahkah bercinta?


Ramai remaja yang bertanya.Adakah salah kami bercinta? Tidak.
Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri kepada setiap manusia. Oleh sebab cinta adalah fitrah,maka tidak salahlah untuk merasai dan menikmatinya.

Justeru, Allah juga mencipta bperaturan dalam bercinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia khususnya para remaja.

Peraturan Cinta
1.Hendaklah Cinta itu berdasarkan kepada Cinta Allah.
Usahlah bercinta dengan niat suka-suka.Jika tidak serius, katakan pada diri "aku hanya tertarik atau minat". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

2.Semasa menjalinkan hubungan cinta, hukum Allah tidak dilanggar.

Antaranya tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada dedah aurat, dating, chatting, textingyang tak penting.

Kalau begitu, siapa sebenarnya yang lebih kita cintai? Si Dia atau dia?

Tidak mustahil kalau ada remaja yang berkata, "Cinta apa namanya jika tidak dating, calling, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar pertauran Tuhan. Putus cinta,kecewa disebabkan cinta.

Cinta Suci tanpa Racun

Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan-tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.
Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.
Allah maha mengetahui dan menyayangi. Segala peraturan dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa racun yang berbisa itu. Cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan.
Tunggu si suami atau si isteri di pintu Syurga, jangan tunggu di pintu neraka kerana di sana tiada syurga. Nauzubillah..
Cinta yang abadi hanya ada dalam syurga! 








Selasa, 4 Jun 2013

Kesihatan :Rahsia solat

Bismillahirrahmanirrahim..


Bagaimana solat boleh dikatakan sihat berdasarkan kajian saintifik?ok..jom teruskan pembacaan anda!

Kalau kita solat, terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

1. Berdiri betul
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstermiti bawah menerima serta menampung beban secara rutin.

2.Takbiratul Ihram
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, pari-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

3.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

4.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

5.Duduk Iftrirasy
Duduk Iftrirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

6.Transisi
Pergerakan daripada 1 kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.

7.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

8. Thama'ninah
Thama'ninah atau berhenti sebentar. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

Kesimpulannya...
Solat mendatangkan banyak kebaikan. Allah menciptakan solat kerana ada hikmahnya. Jadi, solatlah kita sebelum kita disolatkan!

Isnin, 3 Jun 2013

Aku dan Empat Isteri

Izinkan saya berkongsi cerita. Cerita yang sangat mengesankan. Kisah yang menyebabkan hati bergetar, nurani bergegar. Dengar dulu kisah berikut, bukan dengan telinga, tetapi dengan jiwa dan rasa.


Aku seorang bussinessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima sahajalah. Pada kesempatan ini, aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku...

Kumulakan dahulu dengan isteri yang tersayang.Siapa lagi kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteriku yang paling kucintai. Kalau aku keletihan, dialah yang menyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. bertuah sungguh aku, punya isteri yang muda, kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaan hatiku yang sentiasa kujaga dan kudamba.

Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteri, dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis. Oh..terasa bangga dalam hati, setiap kali memperkenalkannya di hadapan teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan !

Isteriku yang kedua tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelesaikan masalah. Jika aku buntu dalam menghadapi masalah,dialah tempat rujukku.

Aduhai...ini pula... isteriku yang pertama. Rupa tiada.. Fikiran? Di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang,datang tidak menambah. Isteri tua...dah takde selera.

Hidupku riang ceria sehinggalah suatu hari aku disahkan doktor bahawa aku telah menghidap suatu penyakit yang tiada ubatnya.

Mujurlah, Allah masih beri peluang untuk aku hidup dalam sehari dua. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka, seorang demi seorang. Pertama yang aku temui adalah isteri tersayang iaitu isteri keempat,yang menjadi harapanku.

"Sayang, sayang tahu kan abang akan pergi tak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh sana?"tanyaku perlahan.

"Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi. Takkanlah saya nak mati ngan abang. Relakan saya teruskan kehidupan bersama lelaki lain."

Ah..hancur harapanku pada isteri yang kusayang. Tidak sangka, dia tidak sanggup menemaniku.

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku tersenyum. Wajahnya yang cantik, molek membuatkan aku sukar berpisah dengannya.

"Darling, abang akan pergi selamanya..."

"Ya bang, saya sangat sedih untuk hidup tanpa abang di sisi,"balasnya bersama tangisan.

"Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita?"

"Saya tak sanggup bang. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi waktu abang hidup sahaja. Kecantikan inilah aset untuk saya teruskan kehidupan."

Oh...kau juga serupa! Ya, isteriku yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan masalah. Tentu masalah ini mampu diselesaikan.

"Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"

"Ya, sebab kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal."

"Ok. Saya dah uruskan semua. Soal pembahagian harta pusaka, saya dah uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun saya dah semak semua hutang-piutang. Insya-Allah perniagaan dapat diteruskan. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah dah saya tentukan. Abang jangan takut, semua saya dah uruskan."

"Bukan itu maksud abang. Abang takut bersendirian dalam kubur, sekarang tolonglah abang."

Isteriku yang kedua begitu terkejut dan menangis sambil berlari meningalkanku.

Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang tidak sudi lagi.

Tiba-tiba..Tuk!Tuk!Tuk!

"Assalamualaikum...bang."

Ahh..terlupa pula..aku masih ada isteri pertama. Isteri tua yang tidak boleh kusandarkan harapan, jauh sekali menyuntik sebarang semangat.

"Waalaikumussalam,"jawabku hambar.

"Terima kasih abang kerana masih sudi jumpa saya."

Hambar dan tawar aku rasakan tidak seperti isteri-isteriku yang lain.

"Abang, saya sanggup temani abang. Ke mana saja. Saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersam. Saya sanggup temani abang dalma kubur!"

Huh..alangkah gembiranya hatiku!Ternyat, dialah isteri yang sejati dan hakiki meskipun tiada tenaga, rupa dan idea. Ah..mengapa aku buta selama ini?


Sahabat-sahabatku sekalian...

Siapa aku dalam cerita ini? Siapa lagi kalau bukan kita. Kita lah yan punyai empat 'isteri'. Isteri keempat adalah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita dapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, kita jaga 'dia' sebaiknya. Kita sayang sangat isteri 'keempat' ni.

Isteri ketiga ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Itu sahaja yang kita fikirkan. Kita beli kereta besar, rumah cantik. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.

Isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah tempat bergantung, meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Hidup kita akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupaka. Kita pingirkan. Bila kita hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu waktu tua? Hmph.. Segala kebaikan sering tidak mendapat keutamaan seperti 'isteri tua' yang tidak lagi mengghairahkan.

Kesimpulannya kawan-kawan...
Amal ibadat ialah peneman hidup kita bila di alam barzakh dan akhirat. Perbanyakkanlah amal ibadat kerana mati itu Allah tak akan cepatkan atau lambatkan walau sesaat.
Akhir kalam , ingin saya kongsikan bait-bait lirik lagu yang pernah dinasyidkan oleh pelajar MITIB sendiri buat para pembaca ..

* Amal ibadat , tinggikan darjat ..
   Ketaqwaan , suburkan iman ..
   Ibadat wajib , jangan dileka ..
   Ibadat sunat jadi amalan ..

* Ingatlah insan , hukuman Allah ..
   Tiap amalan , ada ganjarannya ..
   Jauhkan haram , makruh ditinggal ..
   Kerana ia merosakkan iman ..

~ Sekian ^^ .. Wallahu a'lam. Sirru ala barakatillah.


Doaku Untukmu

sahabat sejati, sahabat sampai syurga.

Ahmad dan Ali ialah 2 orang sahabat karib, mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam keadaan kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masaing-masing berdoa. Begitulah kelaziman mereka. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"Tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,"jawab Ali.

"Doa kau?"Ali pula bertanya.

Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan
Allah. Majikanku beri bonus padaku hari ini."

"alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" Tanya Ahmad.

"Aku berdoa supaya isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan berdoa.

Sejurus seusai doa, Ali bertanya, "Kau pula doa apa hari ini?"

Ahmad senyum.Masih tiada jawapan.

                       Beberapa hari kemudian, Ali meberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul."

"Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya-Allah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta selamat,"kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat kebiasaannya.

"Bagaimana anak kau?", tanya Ali.

"Macam biasalah. Sudah berapa hari, tapi keadaannya bertambah baik sikit sahaja."

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak makbul oleh Allah."

"Doa yang mana? Aku lihat, tiada apa-apa pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya!"

Pengajaran:

Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, hal ini jarang kita buat.
Manusia sering mementingkan diri, walaupun dalam doanya kepada Allah!

Ahad, 2 Jun 2013

Kerana kekasih, Tuhan tersisih.

Bismillahirrahmanirrahim...

Terlalu banyak bicara tentang cinta.
Hingga melemaskan jiwa manusia.

Pernah tak kita terdengar, cinta selepas kahwin lebih indah?
Ya! Cinta selepas kahwin lebih indah malahan lebih sweet dan dihalalkan Allah. Tapi, ramai yang beranggapan kehangatan cinta akan mendininkan selepas berkahwin. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang ingin menikmati kehangatan cinta sepuasnya sebelum berkahwin kan?

Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah?

Mungkin ramai yang akan menjawab, "ya, memang benar." Jika demikian, perkahwinan memang sesuatu yang serba indah dalam alam percintaan.

Cuba kita renungkan, hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tiadak mempunyai keistimewaan dan lesen seperti cinta selepas perkahwinan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh mengahmpirinya.

Seperti..

Bergaul bebas,berkhalwat, berchatting, (berdua-duaan),memandang dengan nafsu, bersenda gurau. Naudzubillah...

Mengapakah cinta sebelum berkahwin begitu terdedah kepada kehancuran dan kemusnahan?

Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Kerana kekasih, tuhan tersisih. Cinta seolah-olah mengahalalkan segalanya. Itu menunjukkan cinta manusia lebih diutamakan daripada cinta Allah.

Cinta itu indah sementara.

Jika Allah dan agama sanggup dipinngirkan, apatah lagi maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat...
malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu.

Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan patah di tengah jalan.

Kesimpulannya.

Tak perlulah bercinta sebelum nikah. Masa anda adalh untuk belajar. Penuhi masa anda sebaiknya.
Binalah cinta Ilahi dahulu.
Supaya cinta yang terbina atas dasar Lillah boleh dikecapi.
Semoga kita sama-sama terhindar daripada cinta yang dimurkai.

Wallahu ta'ala a'lam.