Sabtu, 31 Mei 2014

Mana Milik Kita ?

Assalamu'alaikum w.b.t

Bagaimanakah keadaan kalian dan hati kalian ? Semoga sihat sentiasa . Jaga sebaiknya . Jangan rosakkan . Tu Allah punya . Patuhi adab-adab 'meminjam' . Sekian .

Pernahkah kalian mendengar lagu ini ? :
Jika belum , sila dengar . Ehm hayati sekali .



MANA MILIK KITA ?
TIADA MILIK KITA .
SEMUA YANG ADA , ALLAH YANG PUNYA .

Wahai sekalian insan , mana milik kita ? *Pertanyaan kali ketiga*  Kita tak ada apa-apa . Ulang suara , TAK ADA APA-APA . Hatta pensel yang selalu kita cakap : "Pensel tu aku punya ." Padahal itu bukan kita punya . Itu dari Allah . Rezeki dari Allah . Kalau Allah tak bagi kita rezeki@duit , kita takkan ada pensel tu  . 

Apalah yang nak dibanggakan dengan rupa yang cantik , pangkat yang tinggi , pelajaran yang cemerlang jika tidak kembali pada Pemberi ? Tak malukah kita , bila berbangga dengan sesuatu yang bukan milik kita ? Kembalilah kepada Pemberi jika kita malu . Jika tak malu , maka berbanggalah . Bak kata pepatah , hidung tak mancung , pipi tersorong-sorong . Bagaimana mahu kembali pada Pemberi ? Ya , dengan bersyukur , gunakan ke jalan yang benar , dan jangan persiakan . Yakinlah bahawa semua yang kita 'pinjam' pada hari ini bakal disoal di 'sana' . Yakinlah ! 

Andai kita gunakan pemberian Allah dengan sebaiknya , in sha Allah , kita akan dikurniakan keberkatan . Keberkatan yang bagaimana ? Contoh : Allah bagi kita nyawa . Kita gunakan sebaiknya . In sha Allah , Dia akan panjangkan nyawa kita . 

"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa" 
Al-Hujurat : 13

Sekian . Itu sahaja daripada saya kali ini . Maaf , pengisian tak berapa menarik . Hanya menulis berdasarkan keupayaan . Fi amanillah kawan-kawan :)

Ahad, 25 Mei 2014

Nakbah Day : Are We Concern ?

Assalamu'alaikum wbt .

Tanggal 15 Mei 1948 ;
Day of Catastrophe
Bukan untuk disambut 
Tapi untuk dperingati

Hari ni nak share sikit tentang Hari Nakbah . Actually , Nakbah ni adalah suatu musibah , bencana atau malapetaka yang besar bagi rakyat Palestin sampaikan mereka lari meninggalkan rumah dan kampung halaman mereka . Tragis lagi sadis . Penduduk Palestin memanggil dengan nama tersebut pada hari selepas Negara Haram Israel ditubuhkan secara rasmi .

1948 , sebelum negara Israel ditubuhkan , penduduk Palestin diusir . Ada yang dibunuh , dan kampung mereka dihancurkan . Rumah , harta , tanah , ladang , dan kebun dirampas . Kemudahan awam juga dimusnahkan .Tentera Israel yang menceroboh kampung mereka telah merampas dan merebut rumah serta tanah yang ditinggalkan pemiliknya .

15 Mei 1948, British mengambil keputusan untuk keluar dari tanah Palestin pada hari tersebut. Kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza.
Daripada 800,000 orang-orang Arab yang tinggal di wilayah Israel yang diadakan sebelum tahun 1948, hanya kira-kira 170,000 yang kekal. Selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab sekitar seperti Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dan Yaman, mengakhiri majoriti Arab di negara Yahudi.
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Kekejaman askar Israel telah menyebabkan ribuan rakyat Palestin, meninggalkan desanya, menjadi pelarian menyelamatkan diri. Sekitar 70,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian meninggalkan tanah air tercintanya dengan perasaan sedih dan linangan air mata. Sehingga sekarang mereka masih menyimpan kunci rumah yang pernah mereka diami suatu masa dahulu dengan harapan mereka dapat kembali pulang ke tanah air dan rumah mereka.
Mereka tidak pernah berhenti dari berjuang untuk mendapatkan kembali hak mereka. Mereka masih menaruh harapan kerana dengan harapan, hadirnya keinginan dan usaha diiringi pengorbanan. Kita juga bertanggungjawab membantu saudara kita dengan pelbagai cara mengikut kemampuan kita. Sejauh manakah kita peduli dan cakna akan mereka?
Kanak – kanak perempuan Palestin dalam satu protes pada Hari Nakbah di Hebron, Tebing Barat. Di posternya tertulis, “Sesungguhnya kami akan kembali, Palestin.”Kebanyakan pelarian Palestin di Tebing Barat adalah keturunan keluarga yang berasal dari kawasan-kawasan yang telah dimasukkan ke dalam jajahan Israel pada tahun 1948.
Mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat. Sekurang – kurangnya kita telah berusaha sesuatu dari hanya berdiam diri.
For more view


#NotaKaki : Copy je ni . Sebab tak tahu nak buat ayat . Maaf . Siru 'ala barakatillah . Ma'assalamah :)