Isnin, 2 Mei 2016

Berubah

Gambar Unit Fotographer MITIB
Aku ingin berubah...

Pernah tak korang terfikir nk berubah?

Rasa nak berubah menjadi baik dan lebih baik! Rasa nak lakukan perubahan dalam diri.Kalau pernah ucaplah alhamdulillah. Maha suci allah yang menggerakkan hati hambanya untuk kembali kepada fitrah. Kembali menuju allah.

Ketahuilah,telah berapa ramai umat manusia yang allah telah gelapkan hatinya. Dia tersesat dalam dunia maksiat,lalai dan dengan dunia yang menipu dan akhirnya kembali pada allah dalam keadaan yang hina!

Tahniah kalau korang pernah terdetik dalam hati untuk jadi orang yang lebih baik. Inilah fitrah seorang manusia yang sentiasa inginkan kebaikan!

Korang yang dimuliakan allah, islam mengajar untuk benci kepada kemungkaran,tetapi jangan sesekali membenci kepada mereka yang membuat kemungkaran tersebut!

Ya,memang fitrah kita benci pada perkara yang mungkar. Siapa suka tengok orang mencuri,merompak,seksa haiwan,membunuh dan sebagainya.

Tak ada juga orang yang suka tengok kemungkaran yang berleluasa dalam masyarakat! Begitu juga dengan fitrah kita untuk tidak suka melihat seseorang tu larut dalam maksiat!

Bayangkan korang tengah tengok tom & jerry waktu senja. Tengah seronok tengok tom kejar jerry dalam hutan,tiba-tiba azan maghrib sayup sayup berkumandang di ufuk senja kala unggas-unggas pulang ke sarang membawa secicip rezeki buat si anak. Apa perkara pertama yang terdetik dalam hati korang

        'Eh,dah azan maghrib. Nak solat kat masjid lah'.

Betul tak? Korang akan terdetik untuk terus pegi solat berjemaah di masjid. Itulah fitrah yang ada dalam diri korang. Sentiasa inginkan kebaikan. Persoalannya, adakah korang akan tutup tom & jerry dan bersiap ke masjid untuk solat berjemaah? Atau datang pula bisikan kedua?

         'Baru masuk waktu, lambat lagi masuk isyak. Cerita ni pon dah nak habis. Sempat lagi ni!'

Dan akhirnya korang pon sambung tengok cerita sehinggalah sedar tak sedar,dah masuk isyak! Haa tu yang sampai solat pun 15 saat je dah siap!

Esoknya korang buat lagi, lagi dan lagi sehingga akhirnya, hati korang hitam legam pekat melekat dan bila korang dengar je azan, korang tak rasa ape ape pon!

Kenapa?

Sebab hati korang dah tenat! sensitiviti untuk melakukan amal soleh mula terhakis dengan maksiat yang korang sendiri lakukan!tiada lagi rasa nikmat untuk membuat ketaatan malah terasa lazat untuk melakukan kemungkaran! Nauzubillah min zalik!  Semoga kita cenderung untuk melukan ketaatan.

By:Amirsyad



0 comments: