Gambar Unit Fotografi MITIB |
Apa ertinya menjadi seorang hamba? Biasanya seseorang itu dianggap rendah martabatnya
apabila ditakdirkan menjadi hamba. Malah ada yang menyesal apabila
dirinya dilahirkan sebagai seorang hamba. Apabila disebut istilah hamba,
tersingkap difikiran golongan yang berada dikelas bawahan. Bukan mereka
memilih, tetapi kerana terpaksa. Kerana ditawan dalam peperangan
ataupun kerana keturunan. Ketika zaman pemerintahan kerajaan Melayu,
sistem hamba masih lagi wujud. Terdapat beberapa jenis hamba yang wujud
pada zaman ini antaranya hamba istana, hamba sahaya, hamba istana, hamba
abdi dan sebagainya. Istilah yang digunakan oleh orang kebiasaan yang
memiliki hamba adalah “Tuan Hamba”. Ini untuk menunjukkan darjat
seseorang yang lebih tinggi daripada hamba kerana menjadi tuan kepada
hamba, lalu digelar Tuan Hamba. Zaman tersebut sudah berlalu. Istilah
hamba dalam bentuk sistem hieraki kehidupan manusia sudah lupus sejak
zaman berzaman. Perkembangan dunia ke arah kemodenan berjaya
menghapuskan sistem penghambaan. Tenaga manusia yang diperhambakan untuk
melakukan kerja-kerja seharian digantikan dengan “hamba” moden yang
lebih canggih. Mesin dan robot digunakan untuk memudahkan urusan kerja
seharian kita. Dengan hanya menekan punat sahaja, pelbagai benda boleh
dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Di dalam kesibukkan menguruskan
“hamba-hamba” moden ini, masih ramai manusia yang lupa akan hakikat
penghambaan yang sebenarnya. Sudah menjadi sunatullah sejak azali,
kelahiran manusia kedunia adalah sebagai seorang hamba. Bukan hamba
secara keturunan, tetapi hamba secara fitrah. Menjadi hamba kepada Allah
SWT yang menciptakan kita. Hakikat ini apabila dilupakan oleh manusia
menyebabkan mereka gagal di dalam kehidupan yang sebenar ini. Tujuan
manusia diciptakan adalah untuk menjadi seorang hamba dengan beribadat
kepada Allah dan menjadi khalifah di atas muka bumi. Menjadi hamba untuk
menyembah, menjadi khalifah untuk memerintah. Memerintah berdasarkan
titah daripada pemerintah yang agung yakni Allah SWT, pemilik seluruh
alam ini. Apabila manusia dilahirkan sebagai hamba dan khalifah,
kedua-dua perkara ini memainkan peranan penting dalam menentukan
kejayaan kita diatas muka bumi ini. Perlu sepadu diantara sifat hamba
dan khalifah. Seorang tokoh yang berpengaruh, Imam Hassan Al-Banna
pernah berkata: “Jadilah kamu seorang hamba sebelum menjadi pemimpin,
kerana sifat kehambaan itu akan menyampaikan kamu kepada sebaik-baik
kepimpinan” Apabila manusia menyedari bahawa dirinya adalah seorang
hamba, maka segala tindak tanduknya akan berfungsi dengan baik. Inilah
ketentuan fitrah yang dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam hati manusia.
Merasai hakikat seorang hamba membawa kepada kemuncak kebahagian. Di
kisahkan pada suatu hari ada seorang tentera bertemu dengan seorang
lelaki tua dibawah sebatang pokok. Lalu tentera tersebut bertanya kepada
lelaki tersebut. “Adakah kamu seorang hamba?” “Ya, saya seorang hamba”,
jawab lelaki tersebut. “Boleh saya bertanya. Di mana tempat manusia
membangunkan hasil mereka?” “Di kuburan”, lelaki itu menunjukkan arah
kuburan kepada tentera tersebut. Oleh kerana berasa dirinya
dipermainkan, tentera tersebut membelasaha lelaki yang ditanya olehnya
itu. Ketika pulang ke kawasan kem, lelaki tersebut menceritakan
peristiwa tersebut kepada teman-temannya. Lalu mereka bertanyakan
ciri-ciri lelaki yang telah dibelasah tentera ini. Lalu dia menceritakan
berkenaan ciri-ciri lelaki tersebut. Dalam keadaan yang terkejut,
mereka memberitahunya lelaki yang dipukulnya itu adalah seorang wali
Allah yang bernama Ibrahim Bin Adham. Dalam keadaan yang bergetar
ketakutan, tentera ini bergegas kembali pergi mencari Ibrahim Bin Adham.
Apabila ditemui kembali lelaki yang dipukulnya itu, tentera ini memohon
maaf diatas perbuatan yang dilakukannya tadi. Kemudiannya dia bertanya
kepada Ibrahim Bin Adham mengapa dia menjawab soalan yang ditanyakan
kepadanya sedemikian rupa. “Soalan pertama engkau bertanya adakah aku
seorang hamba. Aku menjawab sememangnya aku seorang hamba. Aku hamba
kepada Allah”, jawab Ibrahim. “Keduanya aku menjawab kubur. Ini kerana
manusia berusaha bekerja di dunia, mereka akan membina kebahagian hasil
usaha mereka dialam kuburan sana”. Beginilah kehidupan seorang hamba.
Sentiasa melihat dirinya dari kaca mata pencipta. Merasai hakikat diri
sebagai sebagai seorang hamba tidak memberikan kerugian di dalam
kehidupan, tetapi lebih membawa kepada keuntungan. Apabila berada dalam
kesusahan, merasakan tenang jiwanya kerana masih adalah Allah yang maha
kaya dalam hidupnya. Apabila berada dalam kesenangan diri sentiasa
bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Seperti kata-kata
hukama’ “Nikmat itu ibarat binatang liar, maka tambatlah ia dengan
syukur”. Sekiranya gagal diselarikan nikmat itu dengan syukur dikhuatiri
membawa kepada kufur. Sehingga digelar orang sebagai kufur nikmat.
Hidup di dunia dan akhirat tidak selamat. “Diriwayatkan bahawa satu
rombongan pergi mengadap Khalifah Umar b Abd Aziz, lalu bangun seorang
pemuda seraya berkata kepada Khalifah Umar r.a: “Kami bukan rombangan
yang inginkan sesuatu daripada engkau, juga kami bukan rombongan yang
takut kepada engkau. Adapun kami tidak perlu sesuatu daripada engkau
kerana kami telah dapat merasai kelebihan pemerintah engkau. Adapun kami
tidak takut kepada engkau kerana kami telah merasa aman dengan keadilan
engkau. Sebenarnya kami merupakan rombongan syukur, kami datang
mengadap engkau untuk mengucap syukur dengan lisan kepada engkau”. Sifat
kehambaan yang ada pada mereka membuatkan mereka bersyukur atas segala
yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mereka datang bukan kerana Umar,
tetapi mereka datang kerana syukur atas ketaatan Umar kepada Sang
Pencipta dalam pemerintahannya. Syukur bukan hanya sebuah retorika,
tetapi ianya adalah perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita.
Jangan bersyukur kepada manusia, tetapi syukur itu hanyalah pada Allah
SWT. Kerana kita adalah hamba pencipta.

0 comments:
Catat Ulasan