Jumaat, 19 Julai 2013

Kehidupan: Layanan Terhadap Ramadhan – Aidilfitri Yang Didahulukan

Seawal Ramadhan lagi, hatta sebelumnya, semangat Aidilfitri sudah dirasakan. Begitu juga di televisyen, radio dan sebagainya. Jika dahulu-dahulu, pertengahan Ramadhan baru kedengaran, dan kemudiannya di awal Ramadhan baru bergema, kini sebelum Ramadhan lagi sudah menggegarkan telinga. Lagu-lagu raya.

‘AidilFitri itu didahulukan, sebelum Ramadhan.
Dan kala Ramadhan, di manakah semangat seorang hamba yang memasukinya?
Perayaan Fitrah, dan Fitrah Yang Tidak Diperolehi.
Kembali kepada makna ‘AidilFitri, ia bermaksud perayaan fitrah. Meraikan manusia-manusia yang berjaya mencuci dosa mereka, yang berjaya mempertingkatkan diri mereka, sepanjang Ramadhan. Yang berjaya menyedari bahawa kehidupan yang sebenar adalah kehidupan Islam, yang berjaya memahami bahawa kehidupan yang terbaik adalah kehidupan Islam, hasil tarbiyah yang dilaluinya di dalam Ramadhan.
Akhirnya diri kembali kepada fitrahnya. Islam, kebaikan, dan merasa dekat dengan Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT sendiri gambarkan di dalam firmanNya, kala manusia masih di alam Ruh lagi:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.
Begitulah fitrahnya manusia. Mengakui bahawa Allah itu Rabb, sekaligus menjadikan Islam itu agamanya.
Namun sekiranya Ramadhan diisi dengan hiburan, drama yang melalaikan, semangat ‘AidilFitri yang lebih kepada ‘balik kampung’, ‘perayaan setahun sekali’, ‘hiburan gembira’ dan sebagainya, maka apa sebenarnya yang hendak dirayakan oleh kita?
Kerana Aidilfitri adalah perayaan fitrah. Mereka yang tidak kembali kepada fitrah, apa yang mahu dirayakan oleh mereka?

Meningkatkan Syu’ur Ramadhan.
Syu’ur, atau perasaan untuk memperhebatkan amalan di dalam Ramadhan hakikatnya boleh kita bakar, nyalakan, perhebatkan dengan pelbagai cara.
1 – Iklan-iklan akan fadhilat puasa di bulan Ramadhan, amalan-amalan dalam bulan Ramadhan.
2 – Filem atau drama berkenaan Ramadhan, maksud sebenar Ramadhan, ertinya kepada kehidupan manusia.
3 – Kelas-kelas agama, dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid diperhebatkan.
4 – Pidato awam berkenaan Ramadhan diwujudkan di ruang legar shopping complex terutama pada waktu puncak.
5 – Solat Tarawih di padang-padang terbuka diperkenalkan.
6 – Tanglung Ramadhan diperkenalkan untuk digantung di rumah-rumah, meraikan Ramadhan.
7 – Radio, Televisyen, Akhbar, memperhebatkan persoalan Ramadhan, promosi makna Ramadhan, dan amalan-amalan kebaikan.
Ini kita boleh laksanakan sebenarnya. Mana yang kita mampu. Bahkan, kita boleh sebarkan penplet di pasar malam, menulis artikel-artikel di blog, update berkenaan Ramadhan di Facebook dan sebagainya. Pelbagai perkara kita boleh lakukan, bagi meningkatkan syu’ur Ramadhan.
Mengapa hendak mendahulukan ‘AidilFitri?
Kembali kepada fitrah terlebih dahulu sebelum sibuk hendak merayakan fitrah!

Ramadhan Yang Rosak, Membuahkan Kehidupan Yang Rosak.
Ramadhan adalah bulan pembinaan. Ramadhan yang rosak akan merosakkan pembinaan peribadi manusia. Sekiranya Ramadhan dilalui ibarat hari-hari biasa seperti bulan-bulan yang lainnya, maka binasalah keadaan manusia. Tiada masa dia mengeraskan dirinya dalam beramal, tiada masa dia mendisiplinkan dirinya ke tahap tertinggi dalam kehidupan. Maka bagaimana pada bulan-bulan lain? Pastinya lebih hancur.
Juteru sepatutnya kita mempertingkatkan syu’ur Ramadhan, dan memperhebatkan lagi projek peningkatan diri di dalamnya.
Usaha untuk kembalikan diri kepada fitrah, usaha agar diri diampunkan oleh Allah Ta’ala.
Ramadhan adalah ibarat kilang, yang merawat luka-luka hamba yang diperolehi sepanjang 11 bulan. Jika rosak kilang ini, maka masakan luka-luka itu akan sembuh untuk menghadapi 11 bulan lagi?
Ramadhan adalah ibarat gym, membina otot-otot keimanan dan taqwa agar menjadi lebih kuat bagi menghadapi sebelas bulan yang mendatang. Jika rosak gym ini, bagaimana kita mahu mendapat kekuatan bagi menumbangkan jahiliyyah?

Penutup: Ramadhan Kali ini, Berbezalah. AidilFitri Kali Ini, Menjadilah!
Maka mari kita bersama berusaha menggapai Ramadhan yang bermakna. Ramadhan yang jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Ramadhan yang terbaik dalam sejarah kehidupan kita. Ramadhan yang mampu membina peribadi, akhlak, iman dan taqwa kita.
Biar AidilFitri kita tahun ini adalah yang benar-benar AidulFitri. Perayaan fitrah. Merayakan kita yang berjaya kembali kepada fitrah, menjadi hamba Allah SWT yang baik dan hidup dalam Islam yang sebenar.
Usah sia-siakan lagi Ramadhan, usah silap lagi dalam merayakan AidilFitri.
Mari sama-sama memahami, dan fikirlah jika kedua-duanya ini tidak akan datang kembali.
Ayuh, maknakan Ramadhan, dan rayakan AidilFitri dalam keadaan benar-benar layak merayakan!

Credit to: LangitIllahi.com

Jumaat, 28 Jun 2013

Dunia Ini

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Alhamdulillah , ramadhan hampir kunjung tiba . Allahumma ballighna ramadhan warzuqna lailatal qadr . Aamiin . Di sini ada bingkisan yang dititipkan di medium dakwah ini untuk sama-sama kita bermuhasabah menilai diri kita .

Dunia ini , 
Hanya fantasi , 
Maka kamu suka bermimpi .

Dunia ini , 
Hanya tipu daya ,
Yang didiami oleh si kaya ,
Maka kamu suka bergaya .

Dunia ini ,
Adalah sebuah permainan , 
Yang mempunyai banyak kereta mainan , 
Terkadang kamu buntu mahu ke kiri atau ke kanan ,
Maka kamu telah dipermainkan .

Dunia ini ,
Hanya sebuah perhiasan , 
Wanita solehah sebaik perhiasan ,
Maka kamu suka pada sedemikian perhiasan .

Dunia ini , 
Penuh dugaan , 
Rintangilah ia dengan keimanan , 
Maka kamu akan mendapat kemenangan .
Jangan kamu hadapi dengan kemahuan (nafsu) ,
Nescaya kamu akan kekalahan .


Sabtu, 22 Jun 2013

Karnival Mahabbah

Alhamdulillahirabbilalamin...

kita bersua lagi dengan rahmat allah yang tiada tandingannya...

pada kali ini, pihak badar mitib, sekali lagi dengan jayanya telah menjalankan satu program di bawah lajnah dakwah dan tarbiyah, program karnival mahabbah, bersama-sama dengan sekolah-sekolah yang berdekatan, iaitu  :

*sekolah menengah sains banting
*sekolah agama menengah unwanus saadah kancong darat
*maahad ihya al-ahmadi

karnival mahabbah adalah dalam bentuk sukan, perlawanan persahabatan, antaranya : 

*bola sepak
*bola jaring
*catur
*ping-pong

program bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 1.30 tghari. 

di sini dilampirkan bersama muqaddimah program, objektif dan tema :

 dengan harapan, program ini akan berterusan dari tahun ke tahun, mengeratkan lagi ukhuwwah sesama sekolah, pelajar dan sekali gus, umat Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri..


P/S : ada lagi gambar di galeri..dipersilakan untuk menjenguk... ^^ 

Sabtu, 8 Jun 2013

QIAMULLAIL PERDANA


TENTATIF PROGRAM MENCARI SINAR RAMADHAN 2013


PROGRAM SEPANJANG REJAB DAN SYAABAN....



Jumaat, 7 Jun 2013

Remaja dan cinta : Salahkah Bercinta?


    Cinta yang Dicari adalah baik, 
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Cinta Dan Remaja

Sudah jatuh cinta.Tidak dapat dielakkan lagi! Jadi bagaimana?Ya, remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Tidak percaya?
Dengarlah lagu yang beralun di corong radio dan MP3..hampir 80% daripadanya ialah lagu cinta.

Remaja dan cinta. Begitu eratnya. Hinggakan kita seolah-olah tidak dapat lagi membayangkan adanya hubungan remaja dengan iman, remaja dengan perjuangan. Sedangkan Sultan Muhammad Al-fateh dahulu membuka Kota Konstantinopel pada usia remajanya. Kita? Sibuk bercinta? Allahurabbi...

Apabila Dah Mabuk Cinta

Apabila disebut tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet. Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony. Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.

Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta sepertimana Aisyah Bukhari yang dahulunya terkenal kerana kesolehahannya, penulisannya dlam menulis khutbah, tetapi kerana seorang jejaka, agama sanggup dia korbankan.

Salahkah bercinta?


Ramai remaja yang bertanya.Adakah salah kami bercinta? Tidak.
Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri kepada setiap manusia. Oleh sebab cinta adalah fitrah,maka tidak salahlah untuk merasai dan menikmatinya.

Justeru, Allah juga mencipta bperaturan dalam bercinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia khususnya para remaja.

Peraturan Cinta
1.Hendaklah Cinta itu berdasarkan kepada Cinta Allah.
Usahlah bercinta dengan niat suka-suka.Jika tidak serius, katakan pada diri "aku hanya tertarik atau minat". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

2.Semasa menjalinkan hubungan cinta, hukum Allah tidak dilanggar.

Antaranya tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada dedah aurat, dating, chatting, textingyang tak penting.

Kalau begitu, siapa sebenarnya yang lebih kita cintai? Si Dia atau dia?

Tidak mustahil kalau ada remaja yang berkata, "Cinta apa namanya jika tidak dating, calling, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar pertauran Tuhan. Putus cinta,kecewa disebabkan cinta.

Cinta Suci tanpa Racun

Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan-tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.
Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.
Allah maha mengetahui dan menyayangi. Segala peraturan dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa racun yang berbisa itu. Cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan.
Tunggu si suami atau si isteri di pintu Syurga, jangan tunggu di pintu neraka kerana di sana tiada syurga. Nauzubillah..
Cinta yang abadi hanya ada dalam syurga! 








Selasa, 4 Jun 2013

Kesihatan :Rahsia solat

Bismillahirrahmanirrahim..


Bagaimana solat boleh dikatakan sihat berdasarkan kajian saintifik?ok..jom teruskan pembacaan anda!

Kalau kita solat, terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

1. Berdiri betul
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstermiti bawah menerima serta menampung beban secara rutin.

2.Takbiratul Ihram
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, pari-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

3.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

4.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

5.Duduk Iftrirasy
Duduk Iftrirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

6.Transisi
Pergerakan daripada 1 kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.

7.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

8. Thama'ninah
Thama'ninah atau berhenti sebentar. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

Kesimpulannya...
Solat mendatangkan banyak kebaikan. Allah menciptakan solat kerana ada hikmahnya. Jadi, solatlah kita sebelum kita disolatkan!