Sabtu, 21 April 2012

Bingkisan buat teman


Teman,
Atas tautan ukhuwah nan jitu,
Juga atas satu dasar aqidah yang kukuh,
Aku mencoretkan di lembaran bisu ini,
Khas buat teman-teman seagamaku...

Wahai temanku an nisa’,
Engkau sedia maklum,
Engkau hiasan duniawi,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki,
Semamangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu...

Wahai temanku ar rijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
Yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah srikandi yang kau impi..

Wahai temanku an nisa’
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi
Ingin dimanjai
Engkau juga ingin menyayangi
Juga ingin memanjai
Dan aku juga tahu
Temanmu ar rijal juga begitu..

Tetapi temanku an nisa’
Ketahuilah engkau
Bercinta itu memang fitrah
Tetapi janganlah kau cemarinya dengan fitnah
Kalau benar kau mengasihinya
Kasihinya kerana Pencipta Fitrah
Dan jika engkau benar mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak kan bisa melunakkan suaramu
Engkau tidak kan bisa melemparkan panahan menggodamu
Kerana engkau tahu
Ianya bisa menggoyahkan iman ar rijal!
Dan engkau mengetahui
Akalnya 9 dan nafsunya 1
Kerana nafsunya 1
Nafsunya menggila menghancurkan akalnya yang 9
Dan engkau tidak bisa menjadikan sang nafsu itu
Nafsu raja yang menggila!
Kerana engkau tahu nisa’
Dia kan terjerumus ke dalam api yang memarak
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila...

Wahai temanku ar rijal
Andai engkau mencintainya
Cintailah dia kerana yang mencipta cinta
Letakkanlah Pencipta Cinta itu melebihi cintamu kepadanya
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak akn tegar
Mengajakanya mengajaknya bermukah di taman sepi
Kerana engkau tahu
Dia punya 9 nafsu dan 1 akal
Manakan mampu 1 akal menguasai 9 nafsu?
Andai engkau mengasihinya kerana-Nya
Engkau tidak kan bisa berbual bersamanya
Walaupun dengan berchatting
Kerana engkau tahu itu sudah menghampiri zina
Dan engkau tahu bukan?
Zina tempatnya di api yang menjunam?
Apakah engkau benar mengasihinya
Andai kau relakan dia terjun ke neraka-Nya?

Sahabatku ar nisa’
Tidak lupa juga an-nisa’
Aku mengasihimu Lillah
Lantaran itu
Dengarlah sedikit pesanan daripada hatiku ini
Manusia mana yang bisa hidup tanpa cinta?
Letakkan cintamu kepada-Nya yang hakiki
Lantaran DIA yang terbaik
Dia juga akan menentukan yang terbaik buatmu
Tetapi bukan masa sekarang untuk memikirkannya
Jika ada jodoh tak kan ke mana
Apakah benar engkau meyakini takdir-Nya?

Maafkan aku teman
Bicaraku penuh ketegasan
Aku tidak membencimu
Tetapi membenci mungkarmu itu
Dan kerana aku takutkan api yang menjunam itu
Aku menegur mana yang mampu
Kerana aku takut
Andai aku tidak menegurmu
Kita kan sama-sama meredah lautan api
Yang terlau pedih,yang terlalu seksa, yang terlau azab!!
Nauzubillah min zalik

Sama-samalah teman
Pagarilah imanmu
Agar sang iman tidak terlepas
Cintailah Dia
Kerana Dia lah penjaga iman kita
Yakinlah dengan-Nya
Serahkan segalanya pada Nya
Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita
Cintailah Dia
Dan engkau akan merasakan erti Cinta yang sebenar
Insya-Allah..

Akhirul kalam
Maaf jika bicaraku bisa menoreh luka
Di hati seorang insani
Bisa memanaskan hati si pembaca
Namun perubahan itulah yang aku harapkan
Andai kita bersama
Menjadi generasi al-quran
Generasi dakwah
Yang akan membangunkan kembali khilafah islamiah
Yang kian runtuh
Kerana keegoan kita
Mari bersama
Memartabatkan kembali zaman kegemilangan islam!!!

Afala yatadabbarunal Quran???
Sedangkan kita generasi quran!

-oleh pandangan pertama yang mencari cinta-Nya-

0 comments: