Sabtu, 4 Ogos 2012

Cerpen : Chatting vs Texting



Hana memasukkan nama dan kata laluan. Akaun Skype miliknya terpampang di skrin komputer. Matanya melilau mencari friend yang sedang online. Sebuah nama mencuri perhatiannya. Dia tersenyum.
                                                         
Hana    : Atok ! study ar. Online manjang.
Yusuf   :  Sejak bila aku kahwin dengan nenek kau?
               Haha. Tengah study add Math ni. Depan lappy~
Hana    : Tadi ada orang tu rajin. Siram pokok bagai..
Yusuf   : Eh mana tau ni? Ko lalu depan rumah aku ke?
Hana    : Yup. On the way nak pergi Mid..
Yusuf   : Tak singgah ? =p
Hana    : Takmo lah. Tadi aku dengan family. Tak pasal2 pulak mak ko ingat aku datang nak
              meminang kau. Haha.
Yusuf   : Haha. Tetibe pulak aku segan *(tutup muka pakai bantal)
Hana    : Gedik gila..haha =D Ok ar, mama panggil.
              Sambung lain kali =)
             Salam, kawan.


            Hana Naziha. Seindah namanya, indah juga orangnya. Sekali dia tersenyum sudah cukup untuk membuat orang lain cair. Barisan giginya tersusun rapi. Kemas. Hana juga memiliki intelektual yang tinggi. Ditambah pula dengan kesopananya, dia layak menyandang gelaran `Perempuan Melayu Terakhir`.
           
            Yusuf? Toksah cerita. Ramai perempuan tergila-gilakan Yusuf. Dia merupakan anak Melayu kacukan Itali. Anak matanya perang, hidungnya mancung dan berbadan tegap. Meskipun berpakaian simple, dia kelihatan cukup kacak. Yusuf juga seorang yang bijak, setanding dengan Hana. Yusuf seorang yang pemalu. Dia hanya memiliki seorang kawan perempuan iaitu Hana.

            Hana dan Yusuf merupakan kawan baik di alam maya tetapi malu-malu apabila di sekolah. Walaupun Hana kelihatan happy-go-lucky, tetapi hakikatnya Hana mempunyai masalah keluarga tersendiri. Yusuf bertindak menjadi pendengar yang setia. Begitu juga dengan Yusuf. Mereka seringkali berkongsi suka duka di alam Skype, Twitter, Facebook mahupun mesej.

*********************************************************************************
            
            Hana memandang Yusuf dengan wajah marah. Yusuf tidak mempedulikan Hana. Dia terus merayu kepada Allah agar diampunkan dosanya. Air mata Yusuf bercucuran laju seolah-olah air sungai yang mengalir deras. Keadaan sekelilingnya sudah tidak dipedulikan lagi.

            “ Ya Allah. Aku tak bersalah!” Yusuf melutut. Bersungguh-sungguh dia memohon ampun. “ Tapi dia !,” jarinya menghala kearah Hana. “ Dia yang selalu mengajak aku berbual perkara yang sia-sia. Lepaskan aku, Allah…”

            Hana menempelak. “ Tidak, Allah. Bahkan dia juga bersalah! Dia tak pernah mengingatkan aku untuk meninggalkannya. Lepaskan aku, ya Allah. Aku mohon keampunan Engkau..”, Hana merintih.

            Suasana di mahsyar ini sangat huru-hara. Maing-masing sibuk dengan hal sendiri. Mahkamah pengadilan-Nya sungguh menggerunkan. Ia seolah-olah pementasan drama yang ditonton oleh semua manusia. Penelitian terhadap setiap amalan hamba-hambaNya sungguh halus.

            “ Cukup !” Satu suara menghentikan kata-kata mereka. “ Tiada erti kamu berbalah di sini. Segala perbuatan kamu di dunia telah tercatat di kitab itu. Masuklah ke dalam neraka dan rasakanlah pembalasan Allah. Sesungguhnya kamu berdua termasuk dalam kalangan yang rugi kerana telah melanggar batasan ikhtilat (pergaulan) yang telah Allah tetapkan”.

            Tina-tiba Hana terjaga daripada tidur. Peluh dan air mata membasahi bajunya yang berwarna biru. Dia beristighfar panjang. Mimpi tadi masih bermain-main di fikirannya. Hana termenung. Adakah Allah sedang member teguran kepadanya?


Hana    : Apa kata kita stop chatting? J
Yusuf   : Tetibe je ni.. Kenapa? Aku buat salah ke?
Hana    : Mana ada kau buat salah
Yusuf   : Habis? Tetibe je. Alaa… kata kawan~
Hana   : Sebab kita kawanlah, kita kena stop buat benda lagha ni.
               Betul tak ? Aku nak kita kawan sampai syurga J
               Tak nak ar aku jadi penyebab kita masuk neraka. Naudzubillah.
Yusuf   : Hmm.. betul jugak. So, kita stop je ar. Tapi still kawan, kan?
              Kawan sampai syurga J
Hana    : Insya Allah. Semoga Dia redha J

                                                               ~Tamat~

Secebis nota daripada hati :
“….Kemudian pada hari kiamat sebahagian kamu akan saling mengingkari dan saling mengutuk. Dan tempat kembalimu ialah neraka, sama sekali tiada penolong bagi kamu”
[Ankabut : 25]

Bertaubatlah selagi belum tiba hari penyesalan bagi orang-orang yang berdosa.
Jangan diremehkan kecilnya dosa kerana dosa yang kecil boleh membawa ke neraka.
Hati yang tidak terkesan dengan peringatan ialah hati yang mati.
Wallahu a’lam J

0 comments: