bismillahirrahmanirrahim,,
assalamualaikum kepada hati yg ingin kembali ke sisi Tuhannya,,
perkongsian badar pada kali ini adalah berkenaan salah satu golongan yg mendapat naungan arasy pada hari semuanya berkumpul di mahsyar; dua saudara yg BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH~
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يُحب لنفسهأو كما قال
tidak (sempurna) iman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya. satu ucapan yg disabdakan oleh nabi sendiri dan tiadalah nabi itu mengikut hawa nafsunya melainkan semuanya adalah wahyu drpd Allah taala.
straight to da point,,
pembaca, ingatlah bahawa muslimin dan muslimat itu bersaudara, ikatan yg tercipta atas dasar penyerahan diri yg sama-penyerahan kepada Allah yg Esa. walaupun kita tidak pernah mengenali diri seseorang muslim, bagaimana hati budinya, namun, akidah yg terpahat di dalam jiwa akan membiarkan kita terus mengorbankan diri demi kehidupan saudara seislam, sekiranya kita benar2 menghayati hadis ini,,,bukankah indah keadaan sebegitu? betapa terjalinnya ukhuwwah islamiyyah, betapa utuhnya iman dengan penyebaran kasih sayang yg sebegini rupa.
tak teringinkah hati kita untuk menyempurnakan iman masing2? ataukah hati kita sudah tidak mahu lagi men'top-up' iman yg semakin hari semakin terhakis?
saudara2 badar sekalian, marilah kita sama2 merenung sejenak kehidupan bersaudara kita, dari awal kita mula berkawan dengan anak jiran, teman setadika, teman sekelas, teman siber dan banyak lagi teman kita yg sesama islam, adakah kita benar2 mengasihi mereka semua seperti mana kita mengasihi diri kita seendiri? ataukah kita berkawan tanpa rasa ikhlas di hati? ataukah kita tak pernah menganggap mereka sebagai saudara langsung, hanya cukup sebagai kenalan semata-mata?
tepuk dada tanyalah hati,,,
saudara2 badar sekalian, post kali ini didatangkan dgn satu situasi untuk muhasabah diri..
1. Anda membeli makanan di kantin. anda memperuntukkan rm2 untk membeli roti telur kesukaan anda dan air milo. kemudian anda kembali ke kelas pnp utk makan di kelas.
tiba di kelas pnp, anda lihat 3 orang rakan anda sedang baca buku, berehat dgn meletakkan kepala atas meja dan membuat latihan kendiri. mereka tidak pergi ke kantin mahupun membawa bekalan makanan sendiri, hanya air kosong di atas meja.
manakah tindakan anda selalunya?:
a. makan dan minum sedikit lalu memberikan bakinya kpd kawan2 anda dan mengatakan : "habiskanlah, saya sudah kenyang" walhal anda menahan perut
b. memberikan semua makanan dan minuman anda kpd kawan2 anda dan mengatakan : "kongsilah korang, aku mmg beli utk korang, aku x lapar" dan terus cover macho
c. berkongsi sama rata dgn kawan2 anda dan mengatakan : "alaaa, tak beli byk lak tadi, klu aku tau aku beli utk korang semua"
d. makan dan minum sedikit kemudian menyuruh kawan2 anda berkongsi dan mengatakan : "nanti tinggalkan aku sikit tau"
e. menyuap setiap mulut kawan anda dan mulut anda dgn nisbah kawan:anda = 5:1...sehingga kawan anda rasa serba salah lalu anda mengatakan : "setiap sadaqah itu berkat, klu korang kenyang maksudnya aku akan jadi lebih kenyang" dgn niat agar kawan anda tidak rasa serba salah
f. duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda menghulurkan dan mengatakan : " sikit je tau"
g. duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda berkata : "jap, nanti aku bagi korang" dan apabila tinggal sikit, anda memberikan bakinya kepada kawan2 anda dan mengatakan : "nah, abiskan pastu buanglah sampahnya sendiri, tak payah pulangkan dah"
h. duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda berkata : "tak boleh, aku lapar" atau "sori, kite lapar la...."
manakah diri anda?
muhasabah diri, dekati ilahi
wallahua'lam, wassalamualaikum
0 comments:
Catat Ulasan