Rabu, 27 Mac 2013

Puisi : Kenyataan bagi insan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Sebelum baca puisi bawah ni, baca bismillah dulu

Sukarnya menempuh dugaan ini,
Mujahadah diri sangat-sangat perlu diusaha,
Demi melawan fitrah manusia yang bernafsu,
Banyaknya durjana,
Sedikit yang membina;

Mujahadah diri,
Menepis nafsu yang membaluti hati,
Yang selalu kembali apabila kukupasi,
Ah, sukarnya merangkul keimanan,
Apabila hati bersalut manis kedustaan;

Nafsu kurniaan Tuhan,
Selalu menjadi permainan syaitan,
Untuk hati yang lemah iman,
Sukar membatasi diri daripada hasutan;

Nafsu yang takkan puas,
Sememangnya jangan kau ikuti,
Kerana sesungguhnya,
Suruhannya hanya apa yang dihiasi syaitan,
Kecuali sedikit yang dirahmati Tuhan;

Duhai hati,
Bersabarlah atas nafsu,
Pohonlah ampun atas getusannya,
Jangan sekali kau kecundang,
Kerana imanmu yang runtuh kerana nafsu,
Tiada kan bermula dari pertengahannya...




Ya Allah, kurniakanlah kefahaman kepada hati yang ingin memahami bait kalam hamba-Mu ini..

wallahua'lam, wassalamualaikum.

0 comments: