Jumaat, 18 Mac 2016

Hebatnya Air

Hebatnya air

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...

Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Hasil kerja : Razi_8)

Random

Kau ibadah dengan riak, kosong.
Redha dgn Allah.
Insyaallah rahmatNya akan turun.

Banyak dosa.
Amalan tak banyak.
Buat dosa tak rasa bersalah.
Tak tau tujuan hidup.
Takde rase nak berubah.
Rase makin jauh dengan Allah.
Selalu tak puas hati dengan orang.
Buat amalan tak timbul rase ikhlas.
Takde sape dapat jamin die buat amalan ade ikhlas.
Tahap ikhlas sampai die pun tak tau die ikhlas ke tak.

Takde manusia yang sempurna.
Jangan senang- senang nak hukum orang.
Takut-takut kita lagi teruk.
Biarlah Allah yang menentukan segalanya.

Doa itu penting.
Rendahkan hati serendah rendahnya.
Jangan anggap remeh dosa terhadap manusia.
Allah tu Maha Besar.
Kita hanya Hamba.
Takde ape yg kita boleh buat.
Hamba ni pangkat nye paling bawah.
Tak layak nak riak.
Tak layak nak bongkak.
Tak layak nak bangga.
Tak layak nak sombong.
Apa yang hamba ada.
Semuanya Allah bagi pinjam.
Tapi kau salah guna.
Kau langgar peraturan Allah.
Kau fikir Allah tak nampak.

Seorang raja semestinya mempunyai angkatan tenteranya.
Allah menciptakan malaikat untuk mencatat baik buruk mu.
Tapi , ramai hamba yang lupa.
Ramai yang sudah tidak peduli.
Mereka tidak tahu akan kesudahannya.
Dah lama tinggalkan Allah.
Sampai dah tak dapat rase untuk ape kita ibadah.
Tak dapat rase kemanisan dalam beribadah.
Sampai malas nak beribadah.
Rasa bosan nak beribadah.

Cuba bersyukur.
Baru dapat rasa kasih sayang Allah.
Kita beribadah untuk tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah.
Itulah tujuan kita solat.
Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.
Jadi, takde istilah hidayah belum sampai.
Sebab semua yang berlaku atas pilihan kita sendiri.

Credit to : @Habibuz7

Khamis, 17 Mac 2016

SURAT LAYANG



                                                  Image result for allah tidak akan mengubah suatu kaum

Bismillahirrahmaanirrahim , 
Awalnya buat pengetahuan setiap insan yang membaca , apa yang dicoret ini bukan hanya orang tertentu , tetapi semua orang yang bergeral hamlatul quran terutamanya , dan lebih-lebih lagi diri yang menulis . Kerana kita tidak akan pernah tahu hidayah itu milik siapa .
 Ye aku faham , kau rasa dihargai , kau rasa " wah , ada senior chat ngan aku " " wah , budak ni chat ngan aku " , dan kadang ada yang tahu chatting kosong ini ikhtilat yang haram , tapi kau cuba menidakkan fakta , kau kata dengan qalb kau " dia tanya juzuk je " , kau kata " ala sikit je " . Dan daripada sedikit itu jadi a non-stop conversation sampai kau pulang ke asrama terchenta .
 Kau tahu itu bukan benda yang betul untuk kau buat , tapi kan , ia jadi lagi pelik bila kau cerita pada kawan-kawan tentang maksiat yang kau buat . Tak ke pelik tu? . Analoginya bagaikan ada seorang pencuri yang telah mencuri dan menceritakan perihal itu dengan bangganya kepada polis dan orang lain . Bagaikan seorang yang telah menconteng mukanya dengan arang dan jalan dikhalayak ramai dengan bangganya . Teringat pula aku cerita seorang baju yang jalan di antara orang awam tanpa pakaian , tanpa seurat benang pun , haa macam tulah ibaratnya ! . Sepatutnya kau malu dengan perilaku kau , aku rasa kesian jugak dekat kawan-kawan kau yang terpaksa dengar cerita kau tanpa hati yang rela , ، hayati ayat ini 
                                       ,ولا تقعدوا معهم حتى يخوضوا في حديث غيره 
jangan jadi zahiriah sangat , ambik yang izhar aje , fahamkan, hadamkan . Dan kalau kau (kawan-kawan) ingkar jugak , انكم اذا مثلهم . Lastly , aku tahu susah untuk kau berhenti chatting dengan seseorang bila kau dah mulakan , tapi kau orang yang sangat hebat jika kau berjaya hentikan chat itu , samada kau ignore dia tapi yang paling hebat adalah bila kau block dia . Kau hebat , jujur aku cakap . Nanti adalah hujah untuk kau kemukan di hari akhirat jika kau ditanya tentang ikhtilat kau , kau boleh cakap kau ada usaha . Tapi usaha tu jangan sekadar usaha weh , istiqamahkan . Tolonglah jangan anggap ikhtilat ni remeh-temeh , tolonglah tahu , hal dosa-dosa ini bukan main-main . Dan ingat , sekalipun kau chat atas sebab urusan , tak perlu kot kau panjangkan conversation dan letak emoticon segala kebenda tu . Serious tak perlu . Tolonglah jaga nama hamlatul Quran , jangan kau calari , jangan kau conteng arang , jangan kau punahkan pandangan orang . Kau fikir balik , jikalau orang awam hendak jadikan kau ikon mereka , mereka tengok chat kau , mereka tengok facebook kau , mereka tengok instagram kau , adakah kau dapat menjadi contoh yang baik ? Jujur pada diri , jawab sendiri . Cukuplah rasanya sebagai pembukaan untuk kau mengenalpasti , samada hati kau masih ada imaan . Kau - sesiapa yang terasa , senangnya , semua , termasuk aku . 


 ^^ Kau berubah kerana Allah, Insyallah Allah lorongkan jalan seluas-luasnya ....