Bismillahirrahmaanirrahim ,
Awalnya buat
pengetahuan setiap insan yang membaca , apa yang dicoret ini bukan hanya orang
tertentu , tetapi semua orang yang bergeral hamlatul quran terutamanya , dan
lebih-lebih lagi diri yang menulis . Kerana kita tidak akan pernah tahu hidayah
itu milik siapa .
Ye aku faham , kau rasa dihargai , kau rasa " wah , ada
senior chat ngan aku " " wah , budak ni chat ngan aku " , dan
kadang ada yang tahu chatting kosong ini ikhtilat yang haram , tapi kau cuba
menidakkan fakta , kau kata dengan qalb kau " dia tanya juzuk je " ,
kau kata " ala sikit je " . Dan daripada sedikit itu jadi a non-stop
conversation sampai kau pulang ke asrama terchenta .
Kau tahu itu bukan benda
yang betul untuk kau buat , tapi kan , ia jadi lagi pelik bila kau cerita pada
kawan-kawan tentang maksiat yang kau buat . Tak ke pelik tu? . Analoginya
bagaikan ada seorang pencuri yang telah mencuri dan menceritakan perihal itu
dengan bangganya kepada polis dan orang lain . Bagaikan seorang yang telah
menconteng mukanya dengan arang dan jalan dikhalayak ramai dengan bangganya .
Teringat pula aku cerita seorang baju yang jalan di antara orang awam tanpa
pakaian , tanpa seurat benang pun , haa macam tulah ibaratnya ! . Sepatutnya kau malu
dengan perilaku kau , aku rasa kesian jugak dekat kawan-kawan kau yang terpaksa
dengar cerita kau tanpa hati yang rela , ، hayati ayat ini
,ولا تقعدوا معهم حتى يخوضوا في حديث غيره
jangan jadi
zahiriah sangat , ambik yang izhar aje , fahamkan, hadamkan . Dan kalau kau (kawan-kawan)
ingkar jugak , انكم
اذا
مثلهم
. Lastly , aku tahu susah untuk kau berhenti chatting dengan seseorang bila
kau dah mulakan , tapi kau orang yang sangat hebat jika kau berjaya hentikan
chat itu , samada kau ignore dia tapi yang paling hebat adalah bila kau block dia
. Kau hebat , jujur aku cakap . Nanti adalah hujah untuk kau kemukan di hari
akhirat jika kau ditanya tentang ikhtilat kau , kau boleh cakap kau ada usaha .
Tapi usaha tu jangan sekadar usaha weh , istiqamahkan . Tolonglah jangan anggap
ikhtilat ni remeh-temeh , tolonglah tahu , hal dosa-dosa ini bukan main-main .
Dan ingat , sekalipun kau chat atas sebab urusan , tak perlu kot kau panjangkan
conversation dan letak emoticon segala kebenda tu . Serious tak perlu .
Tolonglah jaga nama hamlatul Quran , jangan kau calari , jangan kau conteng
arang , jangan kau punahkan pandangan orang . Kau fikir balik , jikalau orang
awam hendak jadikan kau ikon mereka , mereka tengok chat kau , mereka tengok
facebook kau , mereka tengok instagram kau , adakah kau dapat menjadi contoh yang
baik ? Jujur pada diri , jawab sendiri . Cukuplah rasanya sebagai pembukaan
untuk kau mengenalpasti , samada hati kau masih ada imaan . Kau - sesiapa yang
terasa , senangnya , semua , termasuk aku .
^^ Kau berubah kerana Allah, Insyallah Allah lorongkan jalan seluas-luasnya ....
0 comments:
Catat Ulasan