Jumaat, 18 Mac 2016

Random

Kau ibadah dengan riak, kosong.
Redha dgn Allah.
Insyaallah rahmatNya akan turun.

Banyak dosa.
Amalan tak banyak.
Buat dosa tak rasa bersalah.
Tak tau tujuan hidup.
Takde rase nak berubah.
Rase makin jauh dengan Allah.
Selalu tak puas hati dengan orang.
Buat amalan tak timbul rase ikhlas.
Takde sape dapat jamin die buat amalan ade ikhlas.
Tahap ikhlas sampai die pun tak tau die ikhlas ke tak.

Takde manusia yang sempurna.
Jangan senang- senang nak hukum orang.
Takut-takut kita lagi teruk.
Biarlah Allah yang menentukan segalanya.

Doa itu penting.
Rendahkan hati serendah rendahnya.
Jangan anggap remeh dosa terhadap manusia.
Allah tu Maha Besar.
Kita hanya Hamba.
Takde ape yg kita boleh buat.
Hamba ni pangkat nye paling bawah.
Tak layak nak riak.
Tak layak nak bongkak.
Tak layak nak bangga.
Tak layak nak sombong.
Apa yang hamba ada.
Semuanya Allah bagi pinjam.
Tapi kau salah guna.
Kau langgar peraturan Allah.
Kau fikir Allah tak nampak.

Seorang raja semestinya mempunyai angkatan tenteranya.
Allah menciptakan malaikat untuk mencatat baik buruk mu.
Tapi , ramai hamba yang lupa.
Ramai yang sudah tidak peduli.
Mereka tidak tahu akan kesudahannya.
Dah lama tinggalkan Allah.
Sampai dah tak dapat rase untuk ape kita ibadah.
Tak dapat rase kemanisan dalam beribadah.
Sampai malas nak beribadah.
Rasa bosan nak beribadah.

Cuba bersyukur.
Baru dapat rasa kasih sayang Allah.
Kita beribadah untuk tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah.
Itulah tujuan kita solat.
Allah takkan mengubah sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.
Jadi, takde istilah hidayah belum sampai.
Sebab semua yang berlaku atas pilihan kita sendiri.

Credit to : @Habibuz7

0 comments: