Jumaat, 7 Jun 2013

Remaja dan cinta : Salahkah Bercinta?


    Cinta yang Dicari adalah baik, 
tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik.

Cinta Dan Remaja

Sudah jatuh cinta.Tidak dapat dielakkan lagi! Jadi bagaimana?Ya, remaja dan cinta- dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Tidak percaya?
Dengarlah lagu yang beralun di corong radio dan MP3..hampir 80% daripadanya ialah lagu cinta.

Remaja dan cinta. Begitu eratnya. Hinggakan kita seolah-olah tidak dapat lagi membayangkan adanya hubungan remaja dengan iman, remaja dengan perjuangan. Sedangkan Sultan Muhammad Al-fateh dahulu membuka Kota Konstantinopel pada usia remajanya. Kita? Sibuk bercinta? Allahurabbi...

Apabila Dah Mabuk Cinta

Apabila disebut tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet. Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony. Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya tidak kurang hebat. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati.

Malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta sepertimana Aisyah Bukhari yang dahulunya terkenal kerana kesolehahannya, penulisannya dlam menulis khutbah, tetapi kerana seorang jejaka, agama sanggup dia korbankan.

Salahkah bercinta?


Ramai remaja yang bertanya.Adakah salah kami bercinta? Tidak.
Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah naluri kepada setiap manusia. Oleh sebab cinta adalah fitrah,maka tidak salahlah untuk merasai dan menikmatinya.

Justeru, Allah juga mencipta bperaturan dalam bercinta. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh manusia khususnya para remaja.

Peraturan Cinta
1.Hendaklah Cinta itu berdasarkan kepada Cinta Allah.
Usahlah bercinta dengan niat suka-suka.Jika tidak serius, katakan pada diri "aku hanya tertarik atau minat". Simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan sesekali diluahkan hanya untuk mengundang reaksi.

2.Semasa menjalinkan hubungan cinta, hukum Allah tidak dilanggar.

Antaranya tidak ada pergaulan bebas, tidak berdua-duaan di tempat sunyi, tidak ada dedah aurat, dating, chatting, textingyang tak penting.

Kalau begitu, siapa sebenarnya yang lebih kita cintai? Si Dia atau dia?

Tidak mustahil kalau ada remaja yang berkata, "Cinta apa namanya jika tidak dating, calling, surat cinta, SMS romantik, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?"

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar pertauran Tuhan. Putus cinta,kecewa disebabkan cinta.

Cinta Suci tanpa Racun

Yakinlah Allah itu indah dan cinta pada keindahan-tidak mungkin Dia akan memusnahkan keindahan cinta yang diberikan-Nya dengan peraturan-peraturan yang boleh menghakis keindahan cinta itu sendiri.
Sebaliknya, dengan peraturan-peraturan itulah keindahan cinta akan tetap terpelihara dan lebih terserlah.
Allah maha mengetahui dan menyayangi. Segala peraturan dibuat dengan rasa cinta terhadap hamba-hambaNya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa racun yang berbisa itu. Cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan.
Tunggu si suami atau si isteri di pintu Syurga, jangan tunggu di pintu neraka kerana di sana tiada syurga. Nauzubillah..
Cinta yang abadi hanya ada dalam syurga! 








Selasa, 4 Jun 2013

Kesihatan :Rahsia solat

Bismillahirrahmanirrahim..


Bagaimana solat boleh dikatakan sihat berdasarkan kajian saintifik?ok..jom teruskan pembacaan anda!

Kalau kita solat, terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

1. Berdiri betul
Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstermiti bawah menerima serta menampung beban secara rutin.

2.Takbiratul Ihram
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu, pari-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

3.Rukuk
Posisi rukuk, terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal, memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.

4.Sujud
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.

5.Duduk Iftrirasy
Duduk Iftrirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan paha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh. Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

6.Transisi
Pergerakan daripada 1 kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, sistem kencing, jantung dan saluran darah.

7.Salam
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan kulit wajah.

8. Thama'ninah
Thama'ninah atau berhenti sebentar. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti dunia sehingga tubuh, hati dan fikiran kita menjadi segar kembali.

Kesimpulannya...
Solat mendatangkan banyak kebaikan. Allah menciptakan solat kerana ada hikmahnya. Jadi, solatlah kita sebelum kita disolatkan!

Isnin, 3 Jun 2013

Aku dan Empat Isteri

Izinkan saya berkongsi cerita. Cerita yang sangat mengesankan. Kisah yang menyebabkan hati bergetar, nurani bergegar. Dengar dulu kisah berikut, bukan dengan telinga, tetapi dengan jiwa dan rasa.


Aku seorang bussinessman yang punya empat isteri. Sudah rezeki, terima sahajalah. Pada kesempatan ini, aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku...

Kumulakan dahulu dengan isteri yang tersayang.Siapa lagi kalau bukan isteri keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteriku yang paling kucintai. Kalau aku keletihan, dialah yang menyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. bertuah sungguh aku, punya isteri yang muda, kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaan hatiku yang sentiasa kujaga dan kudamba.

Isteriku yang ketiga, tidak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteri, dialah yang paling cantik. Wajahnya amat memikat sesiapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul di majlis-majlis. Oh..terasa bangga dalam hati, setiap kali memperkenalkannya di hadapan teman-teman. Seraut wajah tenang dan tutur katanya begitu manis kelihatan !

Isteriku yang kedua tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti isteri ketiga dan keempat tetapi punya akal yang cerdas. Dia sangat pintar dalam menyelesaikan masalah. Jika aku buntu dalam menghadapi masalah,dialah tempat rujukku.

Aduhai...ini pula... isteriku yang pertama. Rupa tiada.. Fikiran? Di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang,datang tidak menambah. Isteri tua...dah takde selera.

Hidupku riang ceria sehinggalah suatu hari aku disahkan doktor bahawa aku telah menghidap suatu penyakit yang tiada ubatnya.

Mujurlah, Allah masih beri peluang untuk aku hidup dalam sehari dua. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka, seorang demi seorang. Pertama yang aku temui adalah isteri tersayang iaitu isteri keempat,yang menjadi harapanku.

"Sayang, sayang tahu kan abang akan pergi tak lama lagi. Kalau ditakdir, sudi ke kalau sayang mati bersama abang? Untuk menemani abang di alam barzakh sana?"tanyaku perlahan.

"Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi. Takkanlah saya nak mati ngan abang. Relakan saya teruskan kehidupan bersama lelaki lain."

Ah..hancur harapanku pada isteri yang kusayang. Tidak sangka, dia tidak sanggup menemaniku.

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku tersenyum. Wajahnya yang cantik, molek membuatkan aku sukar berpisah dengannya.

"Darling, abang akan pergi selamanya..."

"Ya bang, saya sangat sedih untuk hidup tanpa abang di sisi,"balasnya bersama tangisan.

"Darling, sudikah temani abang di barzakh nanti sebagai bukti cinta kita?"

"Saya tak sanggup bang. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi waktu abang hidup sahaja. Kecantikan inilah aset untuk saya teruskan kehidupan."

Oh...kau juga serupa! Ya, isteriku yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan masalah. Tentu masalah ini mampu diselesaikan.

"Abang perlu pandangan saya untuk selesaikan masalah abang?"

"Ya, sebab kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal."

"Ok. Saya dah uruskan semua. Soal pembahagian harta pusaka, saya dah uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun saya dah semak semua hutang-piutang. Insya-Allah perniagaan dapat diteruskan. Batu nisan yang mahal dah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah dah saya tentukan. Abang jangan takut, semua saya dah uruskan."

"Bukan itu maksud abang. Abang takut bersendirian dalam kubur, sekarang tolonglah abang."

Isteriku yang kedua begitu terkejut dan menangis sambil berlari meningalkanku.

Harapanku hancur lebur. Semua yang tersayang tidak sudi lagi.

Tiba-tiba..Tuk!Tuk!Tuk!

"Assalamualaikum...bang."

Ahh..terlupa pula..aku masih ada isteri pertama. Isteri tua yang tidak boleh kusandarkan harapan, jauh sekali menyuntik sebarang semangat.

"Waalaikumussalam,"jawabku hambar.

"Terima kasih abang kerana masih sudi jumpa saya."

Hambar dan tawar aku rasakan tidak seperti isteri-isteriku yang lain.

"Abang, saya sanggup temani abang. Ke mana saja. Saya sanggup temani abang sekalipun terpaksa mati bersam. Saya sanggup temani abang dalma kubur!"

Huh..alangkah gembiranya hatiku!Ternyat, dialah isteri yang sejati dan hakiki meskipun tiada tenaga, rupa dan idea. Ah..mengapa aku buta selama ini?


Sahabat-sahabatku sekalian...

Siapa aku dalam cerita ini? Siapa lagi kalau bukan kita. Kita lah yan punyai empat 'isteri'. Isteri keempat adalah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita dapat kekuatan dan tenaga. Oleh itu, kita jaga 'dia' sebaiknya. Kita sayang sangat isteri 'keempat' ni.

Isteri ketiga ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Itu sahaja yang kita fikirkan. Kita beli kereta besar, rumah cantik. Ironis sekali, seolah-olah nilai kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki.

Isteri kedua ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah tempat bergantung, meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Hidup kita akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama ialah amal ibadat kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupaka. Kita pingirkan. Bila kita hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu waktu tua? Hmph.. Segala kebaikan sering tidak mendapat keutamaan seperti 'isteri tua' yang tidak lagi mengghairahkan.

Kesimpulannya kawan-kawan...
Amal ibadat ialah peneman hidup kita bila di alam barzakh dan akhirat. Perbanyakkanlah amal ibadat kerana mati itu Allah tak akan cepatkan atau lambatkan walau sesaat.
Akhir kalam , ingin saya kongsikan bait-bait lirik lagu yang pernah dinasyidkan oleh pelajar MITIB sendiri buat para pembaca ..

* Amal ibadat , tinggikan darjat ..
   Ketaqwaan , suburkan iman ..
   Ibadat wajib , jangan dileka ..
   Ibadat sunat jadi amalan ..

* Ingatlah insan , hukuman Allah ..
   Tiap amalan , ada ganjarannya ..
   Jauhkan haram , makruh ditinggal ..
   Kerana ia merosakkan iman ..

~ Sekian ^^ .. Wallahu a'lam. Sirru ala barakatillah.


Doaku Untukmu

sahabat sejati, sahabat sampai syurga.

Ahmad dan Ali ialah 2 orang sahabat karib, mereka tinggal berjiran. Kedua-duanya hidup dalam keadaan kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masaing-masing berdoa. Begitulah kelaziman mereka. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?"Tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga esok hari aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa,"jawab Ali.

"Doa kau?"Ali pula bertanya.

Ahmad cuma senyum tanpa berkata apa-apa.

Keesokan hari, Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan
Allah. Majikanku beri bonus padaku hari ini."

"alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" Tanya Ahmad.

"Aku berdoa supaya isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua pun masuk ke dalam masjid, mengerjakan solat dan berdoa.

Sejurus seusai doa, Ali bertanya, "Kau pula doa apa hari ini?"

Ahmad senyum.Masih tiada jawapan.

                       Beberapa hari kemudian, Ali meberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat bersalin malam tadi. Nampaknya doaku makbul."

"Tahniah, Ali."

"Aku berdoa juga agar anakku selamat,"kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya-Allah, kau doalah kuat-kuat sikit. Minta selamat,"kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat kebiasaannya.

"Bagaimana anak kau?", tanya Ali.

"Macam biasalah. Sudah berapa hari, tapi keadaannya bertambah baik sikit sahaja."

"Mad, aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak makbul oleh Allah."

"Doa yang mana? Aku lihat, tiada apa-apa pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakan kepadaNya!"

Pengajaran:

Doa kita untuk sahabat, saudara-mara dan orang lain sangat tinggi nilainya di sisi Allah. Apatah lagi jika berdoa tanpa pengetahuan orang yang kita doakan. Itulah keikhlasan. Sayangnya, hal ini jarang kita buat.
Manusia sering mementingkan diri, walaupun dalam doanya kepada Allah!

Ahad, 2 Jun 2013

Kerana kekasih, Tuhan tersisih.

Bismillahirrahmanirrahim...

Terlalu banyak bicara tentang cinta.
Hingga melemaskan jiwa manusia.

Pernah tak kita terdengar, cinta selepas kahwin lebih indah?
Ya! Cinta selepas kahwin lebih indah malahan lebih sweet dan dihalalkan Allah. Tapi, ramai yang beranggapan kehangatan cinta akan mendininkan selepas berkahwin. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang ingin menikmati kehangatan cinta sepuasnya sebelum berkahwin kan?

Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah?

Mungkin ramai yang akan menjawab, "ya, memang benar." Jika demikian, perkahwinan memang sesuatu yang serba indah dalam alam percintaan.

Cuba kita renungkan, hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tiadak mempunyai keistimewaan dan lesen seperti cinta selepas perkahwinan. Ini kerana Allah sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh mengahmpirinya.

Seperti..

Bergaul bebas,berkhalwat, berchatting, (berdua-duaan),memandang dengan nafsu, bersenda gurau. Naudzubillah...

Mengapakah cinta sebelum berkahwin begitu terdedah kepada kehancuran dan kemusnahan?

Ini berlaku kerana cinta seseorang kepada kekasihnya melebihi cintanya kepada Allah. Kerana kekasih, tuhan tersisih. Cinta seolah-olah mengahalalkan segalanya. Itu menunjukkan cinta manusia lebih diutamakan daripada cinta Allah.

Cinta itu indah sementara.

Jika Allah dan agama sanggup dipinngirkan, apatah lagi maruah diri, nama baik keluarga, kesucian syariat...
malangnya cinta yang diburu adalah cinta palsu.

Seseorang dikira sudah bernasib baik jika cinta itu sempat menjejaki gerbang perkahwinan walaupun kemudiannya tidak indah dan patah di tengah jalan.

Kesimpulannya.

Tak perlulah bercinta sebelum nikah. Masa anda adalh untuk belajar. Penuhi masa anda sebaiknya.
Binalah cinta Ilahi dahulu.
Supaya cinta yang terbina atas dasar Lillah boleh dikecapi.
Semoga kita sama-sama terhindar daripada cinta yang dimurkai.

Wallahu ta'ala a'lam.

Isnin, 27 Mei 2013

Apa Itu Kasyaf ?

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Kasyaf itu apa eh? Sixth sense ke?

Kasyaf itu adalah karamah atau erti kata lain kelebihan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang dikasihi, khususnya pada kekasihNya serta waliNya. Namun, kasyaf ini juga dimiliki oleh orang biasa-biasa, kasyaf yang sebegitu kalau tidak dijaga baik-baik boleh merosakkan diri mereka. 

Bagi wali Allah, perkara ini telah pun dijanjikan. Jangan hairan, awak. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith qudsi;

Allah berfirman yang maksudnya: 'Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.'
Mari kita lihat jenis-jenis kasyaf.
1. Kasyaf Mata.
Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.
2. Kasyaf Telinga
Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.
3. Kasyaf Mulut
Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.
4. Kasyaf Akal
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.
5. Kasyaf Hati
Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. 
Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. 
Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.
Hebatkan Allah? Semoga pengisian kali ini dapat memberi manfaat kepada kita untuk terus menerokai ilmu Allah. Jikalau kita mempunyai ilmu sekecil zahrah sekalipun, sebarkan. Kongsikan bersama. Jangan sombong. Jangan kedekut. Sesungguhnya, semua itu adalah hak milik Tuhan Yang Esa.



 ~Ameen Ya Robbal 'Alamin ~

Sabtu, 25 Mei 2013

Malulah Wahai Teman~

bismillahirrahmanirrahim,,assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,

alhamdulillah, solatun 'ala nabiyyina muhammad,,

salam sejahtera rakan BADAR yg mengingini jalan yang lurus, terus ke sisi Illahi,,
in sya Allah perkongsian Badar pada kali ini berkaitan dengan menjaga aib, diri dan orang lain


Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)


“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat." (HR Bukhari)




:) by nawal najla

Sabtu, 18 Mei 2013

Tak Ada Makna Hidup Bila Gagal SPM ?



Assalamualaikum ! Allah .. lama sangat tak update .. nak jenguk pun tak da masa .. tak pelah , kali nie ana nak bagi sikit motivasi kat antum semua termsuk ana sndiri .. result dah keluar .. macam2 reaksi yang berlaku .. bila ana buka facebook je , ramai yang menyesal .. yelahh , result not good , siapa yang tak sedih kan ? by the way , penyesalan tu baru sedikit .. bak kata cikgu , 1/100 penyesalan untuk spm .. Jika GAGAL waktu di padang Masyar ? 100/100 .. menyesal sesangat .. namun penyesalan tu dah tak berguna .. sangat2 tak berguna .. knapa ? krna tak boleh perbetulkan malah diundurkan kembali masa untuk bertaubat .. ok ..

mu jngn kcwa kalau x pndai ..
tpi mu kne kcwa kalau prngai mu bruk ..
tgklah kat U .. ramai yg bijak pndai .. pngkat tggi2 ..
phd master , smua ada .. hebatttt .. 
anak mu msuk u pe ? 
tuuuu , kat oxfrd .. 
hebat hebat hebattt ....
tpi bab agama , nak solat pn xtau .. nak mndi wajib pn
xtau .. Islam x suruh umtnya jadi ustaz , ustazh .. tpi srh
umtnya mncari ilmu fardhu ain brpndukan al Quran n sunnah ..
dibimbing pak ustaz n para ulama' ... senang kata , menjadi seorang beragama ..


kkdg aku tgk , ada yg frust smpai nak bnuh diri .. fail spm ,
duduk atas bumbung hotel , nak bnuh diri pnya pasal ..
kalau nak tgokkan btul2 , akhlak yg mantop adalah LEBIH BAIK
berbnding bijak pndai ilmu dunia .. tgklah sstgh budak u ( bkan
smua ) , belajar hebat2 , last2 mngndung ank luar nikah ..
bukan org bdoh , dia tau zina tu dosa besar , buka aurat tu dosa
besar .. tapi iman x kuat .. sbb pe ? sbb x g majlis ilmu islam ..
asyk duk g mjlis ilmu dunia jee .. x salah nak blajar mcm2 ilmu ..
yg salahnya ilmu dunia diutamakan , ilmu akhirt buang ke tepi ..
dah la fail SPM , pi bunuh diri , confirm Fail di akhirat ! bodo sokmo ..
syaitan gelak gembira kerana brjaya tarik seorg mnusia utk menemaninya
di neraka jahanam ..

jngn frust sngt .. cuma cuba ubahkan akhlak tu mnjdi lbh baik ..
cari ilmu agama .. " ishh , x boleh fann .. x da ilmu dunia , x brjaya
kita .. kne cari ilmu dunia dlu " .. haaaaa .. tu mslahnya .. sma gak
ngn akhirat .. xda ilmu akhirt , x brjaya msuk syurga .. hok mana kekal ?
dunia ke akhirat ? smua msti jawab akhrattt .. tapi jngn salah faham , 
yg prlu dicari kne seimbng , dunia akhirat kne ambil .. kalau xda ilmu
dunia , mcm mana nak lksnakan utk bekalan akhrat .. kalau xda makan
minum , mcm mana nak ada tnga nak solat ?  kalau nak bersedakh kena ada duit
halal .. tak ada duit , tak boleh bersedah dari segi kwangan ..

InsyaAllah , kalau brusaha , Allah bg jalan rezeki .. ada sorg member ,
fail dalam spm tapi tetap boleh brjaya dengn brniaga .. berniaga tu
salah satu usha mncari rzki .. jnji halal .. jngn pndng hina dkt org ktip
smpah .. kne brtrma kasih .. kalau xda deme , pnuh smpah kat sungai ..
asal lalu kat sungai je , buang smpah .. tu pn ada org kutip smpah tiap2
rmah .. keje deme halal .. yg makan rasuah tu kne pndang sinis .. yess ,
smpai 7 kturunan x hbis hrta tu .. tpi kita yg msuk kbur , merana .. nak
msuk dunia balik ? x dapaaatt .. mmg xdpatt .. sbb pe ? sbb akhrt tu kekal
slama2nya .. kan dah rugi ..

jngn pula taksub sngt kat agma lak .. Islam larang bnde nie .. ' sya xnak
kawin sbb nak bribadat kpda Allah ' .. heyyy , dalam Islam xda mcm tu ..
Islam mngjar kita utk seimbng dunia n akhirt .. akhirt di dahulukan , dunia
diutmakan .. Rasulullah bngga umatnya ramai .. kita nie yg Islam kne
cuba sedaya upaya utk buat Rasulullah bngga .. kawinlahh bila ada ilmu ,
ada harta .. bila kawin , dapat lahirkan anak2 yg bragama islam .. dan
brbekalkan ilmu yg ada di dada , share kpda anak2 bini .. nak msuk syurga
jngn sorg2 .. kalau boleh ajak seramai mngkin .. kahwin jngn x kahwin ..
tpi blik kpda konsep , ilmu akhirt didahulukan .. maka , dapat lhirkn anak2 bragama Islam yg mnghyati ajaran Islam , bukan Islam di Ic semata2 ..

cikgu azuan pun ada cakap , masih ada peluang nak berjaya ..
cuma kita nie kena pndai cari jalan .. lepas nie , msuk lah mana2 yang
layak .. jangan memilih sangat , bak kata pengetua .. org bagi , ambil ..
tapi kaji sikit2 spaya selamat .. lepas msuk U , buku spm ditutup ,
buku msuk U buka mula cerita baru .. dekat situ korang
boleh berjaya kalau belajar betul2 .. InsyaAllah .. kita tak tahu
hikmah di sebalik result yg kita dapat .. cuba bersngka baik
dengan Allah .. mybe Allah nie failkan sesuatu sbjek spya aku
msuk dalam bidang ini ini dan ini .. InsyaAllah , rzki ( gaji ) aku
mampu menampung khidpan shrian malah dapat buat aku sntiasa
tidak lalai dan sntiasa ingat akan khidupan di akhrt .. mana la tau kan ,
bila dapat rsult bgus , dpt keje bagus , mngkin aku tamak harta masa tu
smpaikan aku lupa Allah yg mmbri rzki kat aku .. ya Allah .. Engkau
permudahkanlah kami utk mndapat rzki dan prmudhkanlah kami
utk memasuki syurga Mu yg kekal abadi .. Allahhuakhbar ..


hok yg berjaya , ana ucapkan Tahniah ! =D tapi jngn lupa akhirat k ..
takut dalam otak tu cari duit je smpai lupa Allah .. dan , jika dah brkrjaya
tinggi , duit jngn kdkut nak sdekah .. ingat ! kekayaan juga mrupakan
ujian daripda Allah .. Allah bg kekayaan utk mnguji hambaNya ..
adakah dignakan utk jalan kebaikan ( brsedekah dll ) ataupn
utk jalan maksiat ( buka disko dll ) .. hok yang tak berjaya pula ..
dont worry .. rzki tu dtg dari siapa ? dari Allah .. jadi , mohonlah
kpda Allah spya Allah prmudhkan kita utk mndpt rzki yg luas dan
mncukupi .. ana ingn berpesan sdkit spya jngn sedih , jngn kcewa
krna msih ada harpan utk brjaya .. ada stu crta .. Ali seorg brkerjaya
tinggi .. rumah besar , kreta besar .. tapi tahukah anda , dia hidp
pnuh sengsara .. krna apa ? krna bnyak hutang dngn org lain ..
tido x pernah lenaa .. ada seorng lelaki yg sngt miskin .. rmahnya
hnyalah pndok bruk .. tpi khdupannya sngt bhgia .. ckup bhgia ..
bila tidur sngt lena wlupn ats tikar usung .. krna apa ? krna
dia skit pun x perlu fikir msalah utk mnyelesaikan hutang .. 
fikir utk cari duit ? tak ada msalah , usaha dan mohon kat Allah ..
InsyaAllah Allah bntu .. dont worry k =D

" kekayaan bukan segala2nya .. kekayaan bukan menjamin
kebahgian seseorang .. kita sbnarnya ingn kbhgian , bkan
krna nak duit bnyak .. cuma kita salah faham mngenai
tafsiran kbhagiaan .. "


ksimpulannya , msti seimbng .. n jngn lah nak bria sngt nak bnuh diri
sbb diri tu x pndai .. ingt kata Rasulullah , mnusia pling bijak adalah
mnusia yg mngingati mati .. jdilah org bijak sbgaimana Rasulullah kata ,
bukan ikut kata2 org yg x maksum ' mu kalau fail dalam exam , mu bodoh ! 
tpi kalau mu brjaya , mu paling bijak di dunia ' .. uke ? so , result akan
kuar x lama agy .. rilex .. bila dpt result , redha n mula lngkah baru utk
mncapai kjayaan .. bos ceq yg jual ice blnder tu mana la kerja , full time
brniaga ice blend .. dalam diam bos tu berduit .. x muflis pun .. krta je
nampk tggu masa nak jdi besi bruk tpi slgi ia brguna , slgi tu kenang jsanya ..
shri pling kurng pun sale dpt rm150 .. itulah dktakan Allah Pemberi Rezeki ..
jngn tkut utk bngn berjaya .. anda boleh ! yeah ! takbir !

Pesanan Dari UAI !


  
jom cukupkan solat , jom cover aurat ( not balut aurat ) , jom taat kepada Allah , jom sayangi Ulama' ,
jom cintai Rasulullah , jom bersama2 berjuang mencari Keredhaan Allah spya
kita sama2 masuk syurga yg menjadi idaman setiap orang yang soleh dan soleha .. InsyaAllah ='D



Sabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya " JOM SHARE =D