Sabtu, 9 Jun 2012

Cinta dan Couple.Ada bezakah?


Bulan Rejab sudah tiba.

Namun, bila lihat di media massa tiada peringatan-peringatan yang menandakan bulan Rejab sudah tiba.
Bulan berkasih-sayang dengan amalan dan Tuhan.
Bulan ingat memperingati.
Bulan ukhuwwah.


Agak terkilannya saya apabila melihat status-status di Facebook lebih kepada cinta kepada manusia bukan kepada Pencipta manusia. Kecewa kerana ditolak cinta.Lalai dan alpa dengan cinta dunia walhal Allah mengurniakan rasa cinta untuk mendamba redhaNya.


Cinta dan couple. Apa bezanya? Ada bezakah?


Boleh bercinta asalkan jangan bercouple.
Ramai yang tidak ketahui apa erti cinta dan couple yang sebenarnya.

Couple tak sama dengan Cinta.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara-mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api Allah dikatakan sayang?kalau begitu lebih baik tidak bercouple kerana natijahnya api kemurkaan Allah.
Sanggupkah kita mencampakkan kekasih yang kita sayang ke dalam neraka Allah yang panas lagi mendahsyatkan?

Untuk muslimin dan muslimat sekalian, persiapkan diri sehebatnya dengan iman, ilmu dan jiwa untuk berkeluarga sebelum meniti perkahwinan.

Jika sudah siap, usah risau kerana jodoh pasti ada untuk anda.

Kata-kata ustazah Azizah:
Jadilah sehebat Saidatina Fatimah jika hendak dapatkan suami sehebat Saidina Ali.
Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.

Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.

Yang bercouple, apakah anda berfikir?

Apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?

Bezanya, satu pihak berfikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, berfikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.

"Kami couple sebab cinta la "

Cinta mereka murahan kerana mereka tidak mengikut syariat yang ditetapkan Allah.

Andai mereka sayang-menyayangi, masakan mereka hendak berhentikan cinta mereka hanya sekadarnya?
Cinta menembus syurga, mestilah usahanya perlu menggegar jiwa.

Wahai muslimin dan muslimat yang diredhai Allah,
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi drpdnya. Kalau yang bercouple sedar benda ni,hentikan couple anda dan cari makna cinta sejati.
Cintai Allah dahulu,RasulNya,Al-Quran, ibu bapa, jihad sebelum cintakan kekasih. Utamakan cinta yang utama.

Kalau betul-betul nak bercouple, couple lepas kahwin. Barulah bahagia!

Kalau kamu benar-benar ber cinta la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu cinta tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah.

Kamu kata kamu cinta ? Jadi kalau benar kamu cinta , takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.

Yang bercouple, apakah yang anda fi kir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fi kir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?

Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya (kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la.

Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar defi nisi tu.




Ubahlah diri ke arah yang lebih baik!


Isnin, 4 Jun 2012

Sampai Kapan Kau menunding Jari?



Kita perlu menuding, pada diri kita sendiri.
Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu
mengambil sunnah sebagai ikutan.

Kita tuding jari kepada dia di sana, kepada dia di sini, kepada benda itu dan benda ini. Semua salah
kita letakkan pada mereka. Sehingga kita terlupa melihat diri kita sendiri.

Ya kah mereka adalah punca?

Atau kita sebenarnya adalah penyebab utama?

Sampai bila agaknya kita hendak menuding jari kepada orang lain, sedang kita tidak pernah melihat
diri kita sendiri. Kemungkinan besar, dosa-dosa kita, maksiat kita, adalah yang menjadi penyebab
mereka itu tidak mahu menerima Allah SWT, dan Allah SWT melewatkan kemenangan kepada kita.
Bacalah puisi saya ini, dan fikir-fikirkannya

Sampai Kapan

Kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
masalah itu masalah ini kau memeri
merekalah segalanya

sampai kapan
kau memanjangkan tipuan
semua kekacauan
bukankah kau yang memulakan?

kau tuding yahudi
sedang menyaingi kita adalah tugas mereka
kau tuding nasrani
sedang memerangi kita adalah takdir mereka
kenapa tidak pernah kau tepuk diri sendiri
sedang mentaati Allah adalah tugasan kita

sampai kapan
kau menjadi celaka yang membawa kerosakan
hanya menyalahkan
tidak pernah pandai membuat perubahan

mereka tidak gagah
tetapi kita yang lemah
mereka tiada pertolongan langit hingga mampu megah
tetapi kita tidak pernah sujud pada Yang Tidak Terkalah

Sampai kapan
kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
sedang hakikatnya
kaulah penyebab kepada kekalahan kita.

Ahad, 3 Jun 2012

Kami Diuji, Allah Sayang Kami...



ALLAH S.W.T. berfi rman,
Maha Suci ALLAH yang menguasai segala kekuasaan, dan DIAlah Yang MahaKuasa atas segala sesuatu,Yang Menciptakan hidup dan kematian, bagi melihat dari kalangan kamu siapakah yang terbaik amalnya. Dan DIA itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun  

Bila kita diuji, apakah perasaan kita? Bila kita diuji dengan kesempitan wang, apakah yang sering menari di mulut kita? Bila kita diuji dengan kesakitan, apakah yang sering berlari di dalam pemikiran kita?

Apabila kita diuji dengan musibah seperti kecurian, kematian dan sebagainya, apakah yang kita akan
lakukan? Biasanya manusia tidak suka diuji. Kerana, apabila diuji, pastinya ada kesukaran yang perlu dilangkahi, ada denau yang mencabar perlu direntasi. Apabila manusia diuji, maka akan terpamerlah segala kelemahannya. Apabila manusia diuji, maka akan terjerumuslah dia di dalam kancah kesukaran.


Ujian dan kesukaran, kesusahan seakan-akan telah menjadi sinonim dan sebati. Apabila disebutkan sahaja tentang ujian, maka akan kita kaitkannya dengan kesusahan. Hal ini menyebabkan kita menyambut segala jenis ujian yang ALLAH berikan kepada kita dengan sikap yang negative. Kita akan merungut, mengeluh, mencemuh, membenci dan menyumpah seranah setiap kali diuji, tidak kira ujian itu kecil atau besar.

Kadangkala, kita akan menyatakan di dalam hati kita, kenapa aku diuji?
Ya, kenapa kita diuji?

ALLAH S.W.T. menjawab,

Apakah manusia mengira, mereka dibiarkan menyatakan kami beriman, sedangkan mereka itu belum diuji?
Ya, ALLAH menyediakan pelbagai ujian kepada kita, ALLAH menguji kita, semata-mata adalah untuk menguji keimanan kita. Sesungguhnya manusia ini sedang menuju salah satu dari dua tempat perngakhiran. Syurga atau neraka. Jika kita merujuk kitab-kitab yang menyatakan perihal syurga, pastinya kita akan terpegun kagum dengan kehebatan syurga yang langsung tidak dapat kita gambarkan kehebatannya.

Ada satu riwayat menceritakan bahawa hebtanya syurga itu sehinggakan apabila manusia memasukinya buat pertama kali, akan terpegun terlebih dahulu selama 50 tahun kerana hebat dan menakjubkannya syurga.

ALLAH S.W.T. berfi rman,
Balasan mereka di sisi ALLAH adalah syurga and, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya...
Hidup penuh senang lenang di dalam syurga, yang penuh dengan kenikmatan yang tidak tergambarkan, buat selama-lamanya, bukankah itu terlalu sedikit jika kita hendak bayar dengan sedikit kepayahan yang kita alami di dunia ini?

ALLAH menguji kita kerana dia hendak melihat iman kita. Dia hendak melihat adakah kita yakin dengan segala janji-janjiNya. Ada antara kita diuji dengan keputusan peperiksaan yang jatuh merudum walaupun telah berusaha, ada yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang, ada yang diuji dengan kemalangan yang teruk, ada yang diuji dengan kesempitan wang dan pelbagai lagi jenis ujian, jika kita perhatikan, semua ujian itu adalah untuk melihat apakah kita ini mampu mempertahankan iman kita dari roboh, apakah kita ini terus yakin dengan segala janji-janji ALLAH, apakah kita ini tidak berputus asa dari rahmat ALLAH?

Saya teringat sebuah kisah yang saya baca ketika saya kecil dahulu, di dalam buku cerita-cerita israiliyyat, Cerita itu menyebut tentang kisah dua orang nelayan. Seorang menebar jalanya dengan menyebut basmalah, seorang lagi menebar jalanya dengan menyebut nama berhala. Namun apabila diangkat, yang membaca berhala mendapat banyak ikan, sedangkan yang menyebut nama ALLAH langsung tidak mendapat ikan.

Malaikat yang melihat peristiwa ini bertannya kepada ALLAH, mengapa jadi begitu, sedangkan yang mendapat ikan banyak itu menyekutukan ALLAH, dan yang mendapat ikan sedikit itu beriman
kepadaNya. ALLAH menyatakan bahawa, DIA menguji yang beriman itu di dunia ini kerana DIA hendak memberikan kesenangan yang lebih besar dan selama-lamanya kepadanya di akhirat nanti, manakala yang menyekutukannya itu, dia akan merana selama-lamanya di akhirat nanti dengan dilemparkan ke dalam neraka, maka apalah sangat sejala ikan dengan seksaan yang menanti itu.

Maka marilah kita bermuhasabah, Sebab itulah jika kita lihat-lihat semula, ada satu kata-kata pujangga yang berbunyi,

ujian itu tanda kasih sayang ALLAH pada hambaNYa
Ya, ALLAH menguji kita, tanda DIA sayang kepada kita. Apabila kita diuji, diri kita biasanya akan mencari tempat berpaut, maka sebaik-baik tempat berpaut dan meminta sokongan adalah ALLAH. Orang yang beriman, apabila diuji, makin meningkat imannya kepada ALLAH S.W.T. Justeru ujian itu adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada kita. Kita perlu yakin, memperkuatkan iman kita, dan bersangka baik kepada ALLAH setiap masa.

Justeru mari kita sama-sama bermuhasabah. Apakah kita bersedia untuk diuji lagi?

Ingatlah bahawa kesenangan dan kehidupan itu sendiri adalah satu ujian.

Manusia diuji setiap masa.

Kerana cagaran syurga adalah iman.

Dan rahmat ALLAH itu melimpah kepada kita atas dasar keimanan kita kepadaNya.

Jadi, apa yang perlu dikeluhkan?


Jumaat, 1 Jun 2012

Bila Sudah Biasa Dengan Dosa...


Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka cegahlah ia dengan tangan, jika tidak mampu, maka cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka cegahlah dengan hati, sesungguhnya ia(mencegah dengan hati) selemah-lemah iman

Kita lihat bahawa, membenci kemungkaran itu adalah sebahagian dari iman. Selemah-lemah iman adalah meletakkan kebencian kepada kemungkaran itu di dalam hati. Membenci kemungkaran, pengingkaran kepada Allah adalah tanda kewujudan iman.

Tetapi, bagaimana agaknya, apabila kita tiada rasa benci kepada kemungkaran?

Kalau membenci dengan hati adalah selemah-lemah iman, maka bagaimana pula dengan hati yang tidak membenci, malah menyukai pula perbuatan mungkar kepada Allah?
Namun hari ini, kita lihat sekeliling kehidupan kita. Kita dapat lihat pelbagai keingkaran berlaku, baik di dalam diri kita, keluarga kita, mahupun masyarakat sekeliling kita. Bagaimanakah reaksi, tindak balas kita?

Alah, biasa la orang tak pakai tudung

Semua orang rasuah, aku rasuah la

Bohong tu perkara kecil je

Hari ni, semua orang tinggal solat. Tak ada apa-apa lah

Kenapa kata-kata begitu boleh keluar?
Sebab itu adalah suasana biasa. Biasa sehingga kita merasakan tidak lagi salah dalam kehidupan kita. Sebab itu kita tidak kisah kalau kita bangun lewat subuh, kita tidak kisah kalau kita tidak membaca Al-Quran sehari, kita tidak kisah kalau kita tengok perempuan tak tutup aurat, atau lelaki yang tidak menjaga kemaluannya, kita lali dengan kes-kes jenayah dan kejatuhan moral masyarakat serta pelbagai lagi masalah di dalam kehidupan kita ini.

Bila perasaan biasa ini melekat dalam jiwa, kita tidak akan mampu mengubah keadaan itu. Pada kita, itu keadaan biasa, buat apa nak kecoh-kecoh.
Sebenarnya, kita perlu letakkan dalam minda kita, satu neraca. Neraca itu tidak kita ambil daripada kebiasaan manusia hari ini. Tetapi, neraca itu kita ambil daripada Allah SWT, arahanNya, kesukaaanNya, laranganNya dan kebencianNya. Maka, pada neraca Allah, sebarang pengingkaran adalah perkara yang tidak boleh dianggap ringan, biasa.

Dengan perasaan tidak biasa dengan pengingkaran inilah, kita bergerak untuk merubah suasana keingkaran, pelanggaran kepada sistem Allah ini kepada suasana biasa yang sebenar, yakni ketaatan kepadaNya. Macam sebuah bilik yang kotor. Kalau kita rasa biasa dengan kekotoran bilik itu, maka kita tidak akan bergerak untuk membersihkannya. Begitulah sebaliknya.

Perasaan biasa kepada kemungkaran adalah masalah yang besar. Itu tandanya iman kita telah terkoyak, punah ranah, sehingga hati tidak rasa apa-apa dengan pembelakangan hukum-hukum Allah.

Sebab itu, berbalik pada hadith tadi, kita melihat betapa wujudnya kaitan iman dengan sensitiviti hati
kita terhadap hukum-hukum Allah SWT.

Bagaimana kita boleh merasakan biasa jika hukum Allah dipijak-pijak?

Bagaimana kita boleh duduk tenang bila keluarga kita menuju ke neraka Allah?

Bagaimana kita boleh berlapang-lapang apabila melihat masyarakat meninggalkan sistem Allah?

Sebab itu, bagi kita yang ada kesedaran, yang ada sedikit kekuatan, cubalah meluaskan syu ur kebenaran ini kepada sesiapa yang kita mampu, kita didik manusia di sekeliling kita/yang mampu kita capai agar mereka faham akan makna ketaatan kepada Allah, kita usaha memberikan kefahaman dan kesedaran akan hal ini kepada sesiapa yang kita mampu.

Sama-samalah kita muhasabah akan perkara ini.

Takut-takut dalam jiwa kita, kita merasakan pengingkaran kepada Allah itu adalah biasa
Jika benar, ketahuilah bahawa hati kita sedang sakit sebenarnya, iman kita sedang melemah.

artikel oleh Nazratul Wahidah binti Yatim Selamat