Kita perlu menuding, pada diri kita sendiri.
Kita suka menuding jari. Bush salah, Ariel Sharon yang kejam, Nasrani merosakkan kita, Yahudi merancang perancangan licik ke atas kita. Kita suka menuding jari, si fulan itu menghina Islam, si fulanah itu menghina nabi, si dia itu tidak mahu mengikuti Al-Quran, si dia itu tidak mahu
mengambil sunnah sebagai ikutan.
Kita tuding jari kepada dia di sana, kepada dia di sini, kepada benda itu dan benda ini. Semua salah
kita letakkan pada mereka. Sehingga kita terlupa melihat diri kita sendiri.
Ya kah mereka adalah punca?
Atau kita sebenarnya adalah penyebab utama?
Sampai bila agaknya kita hendak menuding jari kepada orang lain, sedang kita tidak pernah melihat
diri kita sendiri. Kemungkinan besar, dosa-dosa kita, maksiat kita, adalah yang menjadi penyebab
mereka itu tidak mahu menerima Allah SWT, dan Allah SWT melewatkan kemenangan kepada kita.
Bacalah puisi saya ini, dan fikir-fikirkannya
Sampai Kapan
Kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
masalah itu masalah ini kau memeri
merekalah segalanya
sampai kapan
kau memanjangkan tipuan
semua kekacauan
bukankah kau yang memulakan?
kau tuding yahudi
sedang menyaingi kita adalah tugas mereka
kau tuding nasrani
sedang memerangi kita adalah takdir mereka
kenapa tidak pernah kau tepuk diri sendiri
sedang mentaati Allah adalah tugasan kita
sampai kapan
kau menjadi celaka yang membawa kerosakan
hanya menyalahkan
tidak pernah pandai membuat perubahan
mereka tidak gagah
tetapi kita yang lemah
mereka tiada pertolongan langit hingga mampu megah
tetapi kita tidak pernah sujud pada Yang Tidak Terkalah
Sampai kapan
kau menuding jari
menyatakan mereka adalah punca
sedang hakikatnya
kaulah penyebab kepada kekalahan kita.
0 comments:
Catat Ulasan