Jumaat, 29 Mac 2013

PROGRAM-PROGRAM SEPANJANG BULAN MAC 2013

*Pelbagai program telah dilaksanakan oleh MITIB sepanjang bulan ini, antaranya Kejohanan Sukan MITIB(KESUMAT), Hari Anugerah Cemerlang dan Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon 3. Di bawah ini disertakan serba sedikit gambar sepanjang program......

Khamis, 28 Mac 2013

~ TAWAKKAL SEEKOR BURUNG .. ~

TAWAKKAL SEEKOR BURUNG ..



"Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi).

Ternyata ada beberapa sifat dan sikap yang dilakukan oleh burung dalam mencari makanannya, iaitu:



1. Burung selalu bangun pagi

Tidak ada burung yang tidak bangun pada waktu pagi, kecuali burung sakit, atau burung malam (burung hantu). Namun jika dilihat secara umum, burung selalu bangun pagi. Ia bangun dengan penuh optimis, riang dan gembira tanpa ada rasa khuatir sedikitpun akan makan apa hari ini, tidak pernah khuatir akan rezeki yang pasti sudah disiapkan oleh Allah. Bahkan di celah persediaan, dia sambil sibuk bernyanyi dan membangunkan manusia, seolah-olah menunjukkan kepada kita akan rezeki Allah yang selalu siap kita jemput. Seolah ia menunjukkan kepada kita bagaimana ia bertasbih kepada Allah, melalui kicauannya.
Contohlah burung semasa ia bangun pagi, burung selalu bersyukur, memuji Allah yang Maha Pemurah, dan bertasbih kepada Allah melalui nyanyiannya. Kita diberi infrastruktur jauh lebih istimewa daripada burung, mari kita gunakan masa kita untuk bangun pagi, bersyukur, bertasbih dan bermunajat kepada Allah, seperti yang dilakukan oleh burung.


2. Burung berusaha berdiri, persiapan. sblm terbang
Dalam usaha mencari rezeki, kita juga harus melakukan "pemanasan", persiapan fizikal mahupun mental, mahupun fikiran untuk kesempurnaan ikhtiar kita.


3. Burung terbang dan mengepakkan sayap melawan graviti bumi.
Dalam usaha mencari rezeki, jarang sekali tanpa halangan ataupun kesulitan yang kita hadapi, seperti burung semasa terbang berusaha sekuat tenaga untuk melawan graviti bumi, agar tidak terjatuh.
Seperti kita, dalam setiap usaha ada saja penolakan, keletihan, kesulitan, kebuntuan berfikir yang kadang kita temui, namun yakinlah, bahawa semua itu akan membuat kita menjadi lebih taft, lebih tempoh, lebih ahli di kemudian hari, seperti otot-otot sayap burung, kerana setiap hari melawan daya graviti bumi, burung akan menjadi lebih kuat dan kuat lagi, hingga jika dalam cuaca ekstrim sekalipun, burung telah terbiasa. Jika kita telah terbiasa dengan "hujan badai" sukarnya semasa mencari rezeki, maka ketika keadaan cuaca yang baik, semua keadaan biasa, kita akan dengan mudah menakluk cabaran kehidupan tersebut.


4. Semasa terbang selalu yakin dan tidak pernah rasa ragu
"Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya." (Surah At-Tholaq: ​​3)
Setelah kita berdoa, dan bertawakal kepada Allah, maka jangan meragui hasilnya, kerana yakinlah, Allah telah menyediakan rezeki untuk kita. Burung tidak pernah ragu semasa terbang, dia selalu yakin bahawa, di sana ada harapan, yang telah disediakan oleh Allah.


5. Terbang dgn naluri, ke tempat yang subur dan subur
Dalam usaha mencari rezeki, diperlukan "ilmu" yang relevan, guna untuk berikhtiar. Jikalau burung hanya dibekalkan naluri oleh Allah, untuk mencari tempat-tempat yang subur dan subur makanan, maka kita diberi deria dan akal fikiran yang luar biasa oleh Allah, yang boleh kita gunakan untuk menganalisis di mana tempat-tempat yang subur dan rimbun akan rezeki Allah


6. Setelah makan, dia bawa pulang sebahagian rezekinya
Ketika mencari rezeki, jangan pernah lupakan beban amanah keluarga, anak isteri yang selalu menanti hasil ikhtiar yang kita lakukan


7. Jika mengambil makanan, burung tidak pernah merosakkan
Ketika mengambil makanan, burung selalu dengan cara yang indah dan lembut, tidak pernah melakukan kerosakan dalam proses pencarian makanan, bahkan ada beberapa jenis burung yang membantu proses persenyawaan beberapa tanaman.
Malu rasanya, jika kita dalam proses mencari rezeki kita, harus merugikan orang lain, harus merosakkan hak-hak orang, harus menyakiti dan mengecewakan orang lain.

"Barang siapa yg merasa letih di petang hari kerana mencari rezeki dgn tangannya, maka akan diampuni dosa dosanya." (HR Tabroni)

Sifat Mukmin : Membuat Perancangan

bismillahirrahmanirrahim,,, assalamualaikum kepada semua yang mendamba kasih Illahi, semoga Allah sentiasa merahmati kami dan kalian dan semoga Dia menempatkan kita di syurga akhirnya,,, ameen...

Sahabat Badar sekalian, perkongsian Badar pada kali ini adalah berkisarkan tentang persediaan kita semua di dunia ini...in sya Allah

Bagaimana ingin mulakan, ya?

err,,err,, izinkan admin berbahasa santai2 sahaja,ya?

post pada kali ini adalah hasil daripada pembacaan dan pengamatan admin melalui buku "Nota Hati Seorang Lelaki" karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi (klu anda berkesempatan beli dan baca, bolehlah dapatkan, tak kira anda lelaki atau perempuan, sgt bermanfaat dan membuka minda).


Baiklah, seringkali kita dengar tentang perancangan kehidupan, kerjaya, pembelajaran dan sebagainya. Tetapi, berapa peratuskah dalam kalangan kita-pelajar sekolah; yg memikirkan dgn teliti masa hadapannya dan zaman kerjayanya? Sedangkan masa mampu berlari meninggalkan kita lalu membiarkan kita pada zaman hadapan tanpa perancangan awal iaitu sekarang. Secara jujurnya admin berani jamin, hanya sekitar 10-15% shj pelajar khususnya di MITIB yg merancang masa hadapannya. Bahkan masih ramai lagi pelajar tingkatan 5, ataupun alumni yg masih lagi tidak tahu ingin menceburkan diri dlm bidang apa dan di universiti mana. ish3,  admin sgt2 terkilan.

Mengapa? anda tergolong dlm golongan yg tidak mampu menentukan masa hadapan sendiri? selama ini hanya memandang kejayaan dan kehidupan di sekolah shj? sedarkanlah diri kita, itu hanyalah matlamat jangka pendek shj. cuba jauhkan pemandangan dan luaskan pemikiran.

Sekarang, rancanglah masa hadapan anda dengan teliti sehingga ke gerbang universiti..

kemudian rancanglah kehidupan hingga ke gerbang perjuangan, kerjaya dan perkahwinan..

kemudian, rancanglah kehidupan berkeluarga, bermasyarakat dan teruskan perjuangan anda dlm memartabatkan islam....

buatlah perancangan masa hadapan, orang kata: sediakan payung sebelum hujan,, sediakan diri demi masa depan.

dalam erti kata lain, buatlah persediaan awal agar kita boleh mencipta kejayaan pada masa hadapan.

begitulah ceritanya sebuah perancangan untuk HIDUP....



tetapi, bagaimana dengan perancangan untuk MATI...?

Sebuah permulaan kehidupan yang tak mati-mati, berapa ramai dlm kalangan kita yg pernah merancangnya?

bermula drpd di alam barzakh, apakah perancangan kita demi menghadapinya?

kemudian di mahsyar, apakah perancangan kita demi menghadapinya?

kemudian di pertimbangan, apakah persediaan kita untuk melepasinya?

kemudian di titian halus tiada dpt digambar, apakah perancangan kita untuk melaluinya?

pernahkah kita memikirkan sejenak tentang perancangan kita di hereafter? kali ini admin tidak dapat memberi anggaran peratusan pelajar yg merancang tentangnya,,wallahua'lam...

secara jujurnya, admin juga tidak berfikiran sejauh itu selama ini...

sedangkan...

......segala perkara itu merupakan halangan2 yg perlu dilalui oleh setiap manusia di akhirat,untuk kita menentukan diri kita sama ada berjaya atau gagal akhirnya,

sama tapi tidak serupa seperti di dunia; kita perlu melalui pelbagai halangan dan rintangan utk menentukan diri kita sama ada berjaya atau gagal...
    apa yg x serupanya?
di akhirat, halangan2 itu adalah pasti dan kejayaan serta kegagalannya adalh mutlak kecuali jika Allah mengehendaki sesuatu
manakala di dunia, halangan2nya adalah x pasti sama ada kita melaluinya atau tak, dan kejayaan serta kegagalan juga ada turun bangkitnya.

daripada ketidakserupaan itulah, anda menilai yg manakah lebih peri pentingnya utk dirancang.
jangan tersalah langkah dalam mengutamakan mana yg sepatutnya utama. ingatlah kehidupan yg kekal itu bukan di dunia.

kesimpulannya di sini, rancanglah kehidupan di dunia kita dgn berlandaskan visi dan misi yg ditetapkan oleh Allah utk manusia, jgn buat visi dan misi sendiri, kerana panduan kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah, bukan diri yg sentiasa disertai nafsu..rancanglah persediaan demi menghadapi hari yg pasti agar kita memperoleh kejayaan yg lebih besar di samping kejayaan yang besar in sya Allah.

sekian perkongsian Badar pada kali ini, semoga memberi manfaat kepada diri yg tercari-cari dlm pengembaraan di bumi.

wallahua'lam, semoga Allah mengurniakan hidayah taufiqnya kepada admin dan para pembaca,,,ameen..

assalamualaikum warahmatullah. :]

Rabu, 27 Mac 2013

Puisi : Kenyataan bagi insan

Bismillahirrahmanirrahim,,

Sebelum baca puisi bawah ni, baca bismillah dulu

Sukarnya menempuh dugaan ini,
Mujahadah diri sangat-sangat perlu diusaha,
Demi melawan fitrah manusia yang bernafsu,
Banyaknya durjana,
Sedikit yang membina;

Mujahadah diri,
Menepis nafsu yang membaluti hati,
Yang selalu kembali apabila kukupasi,
Ah, sukarnya merangkul keimanan,
Apabila hati bersalut manis kedustaan;

Nafsu kurniaan Tuhan,
Selalu menjadi permainan syaitan,
Untuk hati yang lemah iman,
Sukar membatasi diri daripada hasutan;

Nafsu yang takkan puas,
Sememangnya jangan kau ikuti,
Kerana sesungguhnya,
Suruhannya hanya apa yang dihiasi syaitan,
Kecuali sedikit yang dirahmati Tuhan;

Duhai hati,
Bersabarlah atas nafsu,
Pohonlah ampun atas getusannya,
Jangan sekali kau kecundang,
Kerana imanmu yang runtuh kerana nafsu,
Tiada kan bermula dari pertengahannya...




Ya Allah, kurniakanlah kefahaman kepada hati yang ingin memahami bait kalam hamba-Mu ini..

wallahua'lam, wassalamualaikum.

Sabtu, 23 Mac 2013

ukhuwwah fillah ^^

bismillahirrahmanirrahim,,
assalamualaikum kepada hati yg ingin kembali ke sisi Tuhannya,,

perkongsian badar pada kali ini adalah berkenaan salah satu golongan yg mendapat naungan arasy pada hari semuanya berkumpul di mahsyar; dua saudara yg BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH~

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه كما يُحب لنفسهأو كما قال

tidak (sempurna) iman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya. satu ucapan yg disabdakan oleh nabi sendiri dan tiadalah nabi itu mengikut hawa nafsunya melainkan semuanya adalah wahyu drpd Allah taala.

straight to da point,,

pembaca, ingatlah bahawa muslimin dan muslimat itu bersaudara, ikatan yg tercipta atas dasar penyerahan diri yg sama-penyerahan kepada Allah yg Esa. walaupun kita tidak pernah mengenali diri seseorang muslim, bagaimana hati budinya, namun, akidah yg terpahat di dalam jiwa akan membiarkan kita terus mengorbankan diri demi kehidupan saudara seislam, sekiranya kita benar2 menghayati hadis ini,,,bukankah indah keadaan sebegitu? betapa terjalinnya ukhuwwah islamiyyah, betapa utuhnya iman dengan penyebaran kasih sayang yg sebegini rupa.

tak teringinkah hati kita untuk menyempurnakan iman masing2? ataukah hati kita sudah tidak mahu lagi men'top-up' iman yg semakin hari semakin terhakis?

saudara2 badar sekalian, marilah kita sama2 merenung sejenak kehidupan bersaudara kita, dari awal kita mula berkawan dengan anak jiran, teman setadika, teman sekelas, teman siber dan banyak lagi teman kita yg sesama islam, adakah kita benar2 mengasihi mereka semua seperti mana kita mengasihi diri kita seendiri? ataukah kita berkawan tanpa rasa ikhlas di hati? ataukah kita tak pernah menganggap mereka sebagai saudara langsung, hanya cukup sebagai kenalan semata-mata?

tepuk dada tanyalah hati,,,


saudara2 badar sekalian, post kali ini didatangkan dgn satu situasi untuk muhasabah diri..

1. Anda membeli makanan di kantin. anda memperuntukkan rm2 untk membeli roti telur kesukaan anda dan air milo. kemudian anda kembali ke kelas pnp utk makan di kelas.
tiba di kelas pnp, anda lihat 3 orang rakan anda sedang baca buku, berehat dgn meletakkan kepala atas meja dan membuat latihan kendiri. mereka tidak pergi ke kantin mahupun membawa bekalan makanan sendiri, hanya air kosong di atas meja.

manakah tindakan anda selalunya?:

  a. makan dan minum sedikit lalu memberikan bakinya kpd kawan2 anda dan mengatakan : "habiskanlah, saya sudah kenyang" walhal anda menahan perut

  b. memberikan semua makanan dan minuman anda kpd kawan2 anda dan mengatakan : "kongsilah korang, aku mmg beli utk korang, aku x lapar" dan terus cover macho

  c. berkongsi sama rata dgn kawan2 anda dan mengatakan : "alaaa, tak beli byk lak tadi, klu aku tau aku beli utk korang semua"

  d. makan dan minum sedikit kemudian menyuruh kawan2 anda berkongsi dan mengatakan : "nanti tinggalkan aku sikit tau"

  e. menyuap setiap mulut kawan anda dan mulut anda dgn nisbah kawan:anda = 5:1...sehingga kawan anda rasa serba salah lalu anda mengatakan : "setiap sadaqah itu berkat, klu korang kenyang maksudnya aku akan jadi lebih kenyang" dgn niat agar kawan anda tidak rasa serba salah

  f. duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda menghulurkan dan mengatakan : " sikit je tau"

  g. duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda berkata : "jap, nanti aku bagi korang" dan apabila tinggal sikit, anda memberikan bakinya kepada kawan2 anda dan mengatakan : "nah, abiskan pastu buanglah sampahnya sendiri, tak payah pulangkan dah"

  h.  duduk di tempat sendiri sambil makan dan minum tanpa menghiraukan kawan2 anda langsung dan apabila mereka meminta, anda berkata : "tak boleh, aku lapar" atau "sori, kite lapar la...."

manakah diri anda?
muhasabah diri, dekati ilahi

wallahua'lam, wassalamualaikum

Ahad, 10 Februari 2013

Karnival Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim.


Bingkisan Sambutan Maulidurrasul yang lalu, adakah kita mengambil ibrah dengan semua aktiviti yang telah dijalankan? Kempen-kempen yang dijalankan adakah menyerap dan akan diterus dijalnkan walaupun Rabiul Awal telah berakhir? Seperti kempen yang muslimin telah jalankan dan Alhamdulillah para pelajar mengikutinya.

KEMPEN PAKAI SERBAN

dan kempen di pihak muslimat pula

KEMPEN 3 S( Senyum, Sapa, Salam)

Alhamdulillah KARNIVAL MAULIDUR RASUL berjalan lancar pada tarikh 3hb Februari 2013 bersamaan 22 Rabiul Awal 1434 Hijrah. Sebanyak 6 Keluarga bertanding untuk acara-acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan.

  • MasterChef Sunnah
  • Pendeklamasian Sajak dan Sketsa berkumpulan
  • Imam Muda dan Ustazah Pilihan
  • Kuiz Cinta Rasul
Pada hari yang sama, seramai 30 orang pelajar telah menziarahi rumah anak-anak yatim di Kanchong Darat, Banting. Antara sebab dan tujuan kami menziarahi rumah anak yatim ialah kerana Nabi Muhammad S.A.W amat menyayangi anak-anak yatim dan ingin mengenang penderitaan nabi yang merupkan anak yatim sejak kecil.

Keputusan untuk keseluruhan Pemenang bagi setiap Keluarga :

  1. An-Nahlu
  2. Al-Fil
  3. Ababil
  4. An-Namlu
  5. Al-Ankabut
  6. Al-Ibil
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjalankan program ini. Semoga Allah sentiasa redha dengan segala perbuatan yang kita lakukan.


Khamis, 24 Januari 2013

Bawalah Islam ..


Assalamualaikum disini ada suatu kisah menarik untuk dikongsikan bersama. Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.
Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter untuk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tidk menutup auratnya.
Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.
Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, “Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu.”
Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut…
Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, “Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.
Subhanallah…
Allah Ta’ala berfirman, ertinya, “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, ‘Rabb kami adalah Allah’, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita.” (QS. Al-Ahqaaf: 13)

#kemana pun kamu pergi, bawalah islam bersama !


Hakikat Dunia..


Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. 

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi. 


Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar. 


Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada ditempat yang tidak disangka, sebuah 
perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa 

gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman 
wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. 


Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas 
ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada 
bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. 

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik.
Seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur. "Buangkan kunci 
itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah 
ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah 

buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir 

panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak 

wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit 
menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku 
memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam 
perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku itu terasa bersimpul 
bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa 
kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya. "Tiba masanya untuk 
melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk 
mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah 
yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. 

" Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku 
kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah 
mendapatiku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan 
ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi 

satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.


~ Teguhkan imanmu , wahai insan .. Kerna sungguh hakikat dunia itu hanya sementara . ~